awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cari jalan kembalikan kekuatan Islam - Tun Mahathir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
25/07/2019
20:00 MYT
Cari jalan kembalikan kekuatan Islam - Tun Mahathir
Dr Mahathir percaya kerjasama Malaysia dan Tukri mampu mengurangkan sikap subjudis terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia. - Gambar BERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Malaysia, Turki dan Pakistan mencari jalan untuk mengembalikan kekuatan serta membina semula tamadun Islam sejagat supaya tidak lagi mudah diperlekehkan oleh sesiapa.
Tegasnya, paling penting adalah hasil dan bukan hanya pandai membuat kenyataan semata-mata.
“Negara-negara Islam mesti bersatu, bekerjasama rapat termasuk dari segi ketenteraan.
“Itu sebab mesyuarat tiga pihak (Malaysia, Turki dan Pakistan) bagi mencari jalan bekerjasama rapat,” katanya semasa sidang media bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Istana Presiden di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Erdogan diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.
BACA: Tun Mahathir dianugerah Doktor Kehormat oleh universiti di Turki
BACA: Tun Mahathir lawat Industri Aeroangkasa Turki
Pada sidang media itu juga, Dr Mahathir menerima pingat 'Order of The Republic' daripada Erdogan.
Sebelum ini, Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatnya dari Turki dan Pakistan mengadakan mesyuarat tiga pihak, antara lain turut berusaha mereformasi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan menjadikannya lebih efektif.
Dalam pada itu Dr Mahathir percaya kerjasama Malaysia dan Turki mampu mengurangkan pandangan negatif terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.
Dalam perkembangan berasingan jelasnya, Malaysia dan Turki senada mengenai isu Palestin.
Sebelum itu, Dr Mahathir diberi sambutan negara sempena lawatan rasmi empat harinya ke Turki.
Terdahulu dalam satu program di Majlis Pendidikan Tinggi Turki, Dr Mahathir menyifatkan, kebanyakan negara Islam menjadi lemah kerana mengikut ajaran agama yang salah.
Jelasnya, umat Islam mundur dalam soal dedikasi selama beberapa abad dan jahil dari segi kemajuan sains.
Beliau juga mahu supaya dikenal pasti sebab mengapa negara dan orang Islam lemah supaya jalan penyelesaian ditemui.
Topic Berkaitan
#Islam
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#menteri
#Pakistan
#pendidikan
#Perdana Menteri
#presiden
#Presiden Turki
#Recep Tayyip Erdogan
#Saifuddin Abdullah
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan