Tutup

Tun Mahathir dianugerah Doktor Kehormat oleh universiti di Turki

Tun Mahathir dianugerah Doktor Kehormat oleh universiti di Turki
Dr Mahathir diberi penghormatan menyampaikan ucapan aluan sebelum dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam dari Universiti Beyazid Yaldirim, Ankara, 25 Julai, 2019. --fotoBERNAMA
ANKARA: Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Sains Politik dan Pentadbiran Awam dari Universiti Beyazid Yaldirim di sini.

Perdana Menteri Malaysia merupakan penerima ketiga anugerah tersebut selepas Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh.

Ia sebagai pengiktirafan kepada peranan Dr Mahathir mentadbir dan membangunkan negara secara sistematik, telus dan efektif selama ini.

Ia juga sebagai tanda menghargai usaha beliau dalam memperkasa hubungan dua hala negara dan Turki sendiri yang terjalin sejak lebih lima dekad lalu.



Terdahulu, Dr Mahathir memulakan jadual lawatan rasminya dengan meletak kalungan bunga dan menandatangani buku penghormatan untuk Pengasas dan Presiden pertama Turki, Mustafa Kamal Ataturk di Anitkabir.
Kemudian, Dr Mahathir turut melawat Industri Aeroangkasa Turki (TAI), sebuah pusat pembangunan aset, komponen dan sistem aeroangkasa milik republik itu.

Ia berupaya untuk memberi pendedahan dan menggalakkan perkembangan kemajuan teknologi Turki ke Malaysia.

Pada sebelah petang, Dr Mahathir mengadakan perbincangan dua hala bersama rakan sejawatnya Recep Tayyip Erdogan.

BACA: Tun M tiba di Ankara, mula lawatan rasmi empat hari ke Turki

Ia sekali gus platform mengerat hubungan antarabangsa Malaysia dan Turki terutama dalam isu pertahanan, perdagangan dan pelaburan.