Bekas Ketua Pegawai Eksekutif pertama Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) mengakui, pinjaman RM4 bilion oleh SRC International Sdn Bhd merupakan pinjaman terbesar dipersetujui oleh agensi persaraan itu.
Datuk Azian Mohd Noh yang merupakan saksi ke-38 itu berkata, KWAP telah meluluskan pinjaman pertama sebanyak RM2 bilion kepada SRC International pada tahun 2011 diikuti pinjaman kedua berjumlah RM2 bilion pada 2012.
Azian yang kini Ahli Lembaga Pengarah Danajamin Nasional Berhad ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff berkata, merujuk kepada surat Kementerian Kewangan bertarikh 28 Mac 2012 berhubung pinjaman tambahan RM2 bilion kepada SRC bersama persetujuan kerajaan menjamin pinjaman itu tidak pernah berlaku.
Beliau merupakan CEO pertama KWAP dilantik pada Mac 2007 sehingga Mac 2013 dan juga telah dilantik sebagai Ahli Ex-Officio kepada Lembaga Pengarah KWAP.
Saksi sama turut menjelaskan, jaminan itu bagi pembayaran semula untuk tempoh 10 tahun selaras dengan persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Februari 2012.
Surat berkenaan memohon KWAP untuk mempertimbangkan bagi mengeluarkan dahulu wang pinjaman serta Kementerian Kewangan yang mengemukakan jaminan kerajaan dalam tempoh selewat-lewatnya 10 hari.
Azian ketika memberi keterangan turut membacakan pernyataan saksi berkata. bagi pinjaman tambahan RM2 bilion itu, Jabatan Pendapatan Tetap KWAP menyediakan Surat Pekeliling Panel Pelaburan bagi kelulusan panel untuk mengubah cara pembayaran daripada jadual pengeluaran kepada pengeluaran sekali sahaja.
Tambahnya, Pekeliling Panel Pelaburan diedarkan kepada semua ahli panel untuk mempertimbangkan permohonan SRC bagi pengeluaran pinjaman secara sekali gus.
"Saya kemudian dimaklumkan bahawa ahli Panel Pelaburan sebulat suara meluluskan pengeluaran dibuat secara sekali gus.
"Saya juga mengesahkan surat tawaran bagi kemudahan pinjaman tambahan KWAP berjumlah RM2 bilion kepada SRC adalah bagi membiayai aktiviti pelaburan am dan modal pusingan SRC.
"Saya juga mengesahkan Letter of Guarantee Relating To The Financing Facility of RM2 bilion Granted to SRC International Sdn Bhd bertarikh 27 Mac 2012 iaitu surat jaminan Kerajaan Malaysia ke atas pembiayaan pinjaman KWAP kepada SRC berjumlah RM2 bilion bagi tempoh sepuluh tahun.
"Surat jaminan itu ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan," katanya.
Sementara itu, Azian berkata, Kementerian Kewangan mengeluarkan surat bertarikh 18 Mei 2012 untuk membuat pindaan terhadap tujuan wang pinjaman yang diberikan kepada SRC.
Beliau berkata, surat itu menyatakan pinjaman terbabit adalah untuk membiayai aktiviti pelaburan dalam sumber asli dan modal pusingan sahaja dan bukan untuk aktiviti pelaburan am.
Katanya, surat berkenaan adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Februari 2012.
"Wang pinjaman ini hanya boleh digunakan untuk tujuan aktiviti pelaburan dalam sumber asli dan modal pusingan sahaja.
"Jika digunakan untuk tujuan lain, ia akan melanggar terma perjanjian dan boleh menyebabkan Event of Default (keingkaran) dalam perjanjian pinjaman.
"Jika ini berlaku dan diketahui KWAP, KWAP boleh menamatkan perjanjian pinjaman dan membuat tuntutan bayaran balik segala baki pinjaman pokok bercampur faedah yang dikenakan daripada penimbang," katanya lagi.
Hilmi Malik
Wed May 29 2019
Azian Mohd Noh berkata, KWAP telah luluskan pinjaman RM2 bilion pada 2011 dan RM2 bilion lagi kepada SRC International pada 2012. - Gambar fail BERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
Urusan operasi SRC perlu persetujuan Najib - Bekas Pengarah
Saksi ke-42 itu berkata ini kerana bekas Perdana Menteri itu merupakan Advisor Emeritus SRC dan sebarang keputusan Lembaga Pengarah perlu mendapatkan nasihat daripada Najib.
Anugerah Ikon Pesara iktiraf pesara sektor awam
KWAP perkenalkan Anugerah Ikon Pesara (AIP) iaitu anugerah pertama di Malaysia yang meraikan pencapaian pesara sektor awam.
CEO KWAP mengaku pinjaman SRC paling besar
KWAP mengakui, pinjaman RM4 bilion oleh SRC International Sdn Bhd merupakan pinjaman terbesar dipersetujui oleh agensi persaraan itu.
MyPesara bantu pesara rancang masa hadapan lebih efektif melalui Program Manfaat
Aplikasi eksklusif MyPesara yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] dapat membantu anda membuat persiapan bagi menempuh alam persaraan.