Seramai lapan individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit dijangkiti COVID-19 di Sabah dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah selama 14 hari, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi.
Beliau berkata lapan individu terbabit masing-masing tiga dari Papar dan lima dari Tawau dan kesemua mereka dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Seksyen tersebut memperuntukkan kuasa kepada mana-mana pegawai untuk memerintahkan individu diasingkan di rumah dan dikehendaki mematuhi segala perintah yang ditetapkan.
Kegagalan untuk mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan individu berkenaan berdepan dengan hukuman di bawah Seksyen 24 akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-keduanya sekali.
"Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ingin mengingatkan semua individu terbabit (dengan arahan kuarantin di rumah) wajib mengikut arahan itu dan jika ingkar boleh disabitkan kesalahan di bawah akta berkenaan," katanya, dalam kenyataan, di sini.
Dalam pada itu, Dr Christina berkata seramai 4,022 orang diletakkan di bawah kuarantin di rumah setakat 6 petang semalam dan daripada jumlah itu, seramai 3,790 orang masih dalam pemerhatian JKNS manakala selebihnya atau 232 orang telah tamat tempoh kuarantin selama 14 hari.
Beliau berkata seramai 553 orang telah ditempatkan di 13 Pusat Kuarantin di sembilan daerah di Sabah, dan enam daripadanya telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Pusat Kuarantin itu termasuk Asrama Harrington di Kota Kinabalu; Rumah Rehat dan Kem Bina Negara Kundasang di Ranau; Felda Resident Sahabat dan Plasma Inn Station MPOB di Lahad Datu; Rumah Rehat Kinabatangan; Institut Perguruan Tawau; dan Projek Perumahan Rakyat Batu Puteh di Sandakan.
Mengulas video kakitangan Hospital Lahad Datu yang menjahit sendiri peralatan pelindungan diri (PPE) yang tular di media sosial, Dr Christina berkata, ia adalah usaha inovatif kakitangan hospital sementara menunggu bekalan PPE sampai ke hospital mereka.
"Ini bukan bermaksud JKNS gagal melakukan perolehan untuk peralatan ini atau ketidakprihatinan kerajaan negeri mahupun kerajaan Persekutuan," jelasnya.
Semalam, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon menjelaskan bahawa kekurangan PPE adalah disebabkan oleh masalah bekalan dan bukannya kekangan kewangan.- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 25 2020
Jabatan Kesihatan Sabah mengingatkan semua pihak supaya mematuhi arahan kuarantin atau berhadapan tindakan undang-undang. Gambar hiasan/ Bernama.
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
PBT tiada kuasa batal, tamat, tarik lesen kilang di Selangor - Exco
Bidang kuasa PBT ketika ini adalah termaktub berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Majikan tidak benarkan kakitangan kuarantin kendiri boleh dikenakan tindakan
Mereka yang positif perlu jalani kuarantin wajib selama 10 hari, yang negatif pula disarankan melaksanakan pengasingan secara sukarela.
COVID-19: Pasar Borong Pandan ditutup lagi hingga 14 Mac
Langkah berkenaan dibuat di bawah Subseksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi membolehkan proses sanitasi dijalankan.
COVID-19: Jeffrey Kitingan akui diberi pelepasan daripada pengawasan, pemerhatian
Jeffrey yang juga ahli Parlimen Keningau berkata surat pelepasan bertarikh 23 Nov, ditandatangani pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Lembah Pantai.
COVID-19: 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'- Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya menggunakan pelitup muka selain mementingkan kebersihan tangan dan penjarakan fizikal yang selamat.
Pesanan "abah" dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini
Perutusan oleh "abah" selepas agak lama tidak muncul di kaca televisyen hari ini menyaksikan pelbagai pesanan telah dititipkan dalam usaha mengelakkan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19.
Tiada arahan pengunjung pasar raya besar di Shah Alam perlu jalani saringan kesihatan - JKNS
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) hari ini menafikan dakwaan mengarahkan pengunjung sebuah pasar raya besar di Seksyen 13 di sini supaya menjalani ujian saringan kesihatan, kata pengarahnya Dat
PKPB: Kerajaan pertimbang hukuman kepada ibu bapa degil
Kerajaan akan berbincang dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, KKM dan MKN berkaitan tindakan undang-undang terhadap ibu bapa yang membawa anak kecil keluar membeli-belah semasa PKPB.
PKP Fasa 4 benarkan ketua keluarga keluar bersama seorang lagi ahli keluarga
Peraturan yang diterbitkan dalam warta berkenaan berkuat kuasa mulai Rabu hingga hari terakhir fasa keempat PKP iaitu 12 Mei ini.
COVID-19: 8 individu PUI dikenakan tindakan
Seramai lapan individu dalam siasatan (PUI) atau kontak rapat pesakit dijangkiti COVID-19 di Sabah dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak mematuhi arahan kuarantin di rumah selama 14 hari.