awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek kes letupan di Nilai direman seminggu
Persiapan bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah bermula - Mohamad Sabu
Ayuh bantu cipta logo dan mascot rasmi Sukan SEA 2027!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat berhak ambil tindakan undang-undang

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
28/03/2020
06:31 MYT
COVID-19: Rakyat berhak ambil tindakan undang-undang
Katanya setiap individu mempunyai hak untuk membawa kes ke mahkamah bagi mencabar PKP sekiranya mereka di tahan atau di dakwa. - Gambar Astro AWANI
Rakyat berhak mengambil tindakan undang-undang sekiranya kerajaan tidak mengawal dan mengambil langkah membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merupakan hak individu untuk menikmati kehidupan yang sihat.
Justeru, katanya, tidak timbul soal kerajaan mengabaikan hak asasi manusia dengan mengawal pergerakan mereka kerana peruntukan undang-undang sedia ada membenarkannya.
“Katakanlah kerajaan tidak ambil tindakan ini, saya yakin kerajaan boleh disaman oleh rakyat, kerana hak rakyat terhadap keselamatan, dan tanggungjawab kerajaan melaksanakan undang undang yang sedia ada.
“Jadi, kita harap perkara ini tidak dipandang remeh oleh semua orang. Bersabar dulu untuk sementara waktu,” katanya di sini, hari ini.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu mengakui, setiap individu mempunyai hak untuk membawa kes ke mahkamah bagi mencabar PKP sekiranya mereka ditahan atau didakwa.
Namun, katanya, beliau percaya ia tidak akan berpihak kepada individu berkenaan.
Ini kerana, katanya, perintah kawalan yang dilaksanakan pada masa ini merupakan sebahagian dari undang undang yang sudah pun diwartakan.
Beliau menjelaskan, walaupun Perlembagaan Persekutuan menetapkan rakyat mempunyai hak untuk kebebasan, keluar dan menjalankan kehidupan bebas, dalam keadaan sekarang, kerajaan lebih berhak melaksanakan satu perintah demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan kerajaan melaksanakan PKP mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara.
Katanya, perintah tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Rabu lalu, beliau mengumumkan tempoh itu dilanjutkan sehingga 14 April.
Topic Berkaitan
#Bebas
#hak
#kebebasan
#keselamatan
#koronavirus
#mahkamah
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#rakyat
#saman
#Takiyuddin Hassan
#undang-undang
#warta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan