Cuaca panas dan kebakaran hutan dipercayai menjadi faktor reptilia berbisa seperti ular sawa, ular batik serta tedung selar keluar dari habitat mereka.

Faktor itu juga dikatakan turut menyumbang kepada peningkatan mendadak kes tangkapan ular di negeri Terengganu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman, bagi tempoh tersebut hampir 1500 kes telah direkodkan merangkumi lapan daerah.

Menurut Che Adam pihaknya menjangkakan kes berkenaan akan terus bertambah jika keadaan cuaca panas ini masih berterusan.

“Untuk tiga bulan yang pertama kalau kita ikutkan tahun ini agak drastik kenaikannya berbanding tiga bulan lepas pada tahun 2018, di mana tiga bulan lepas belum capai 1,000 kes lagi dan ini agak ketara pada musim ini,” katanya ketika ditemui di sini pada Khamis.

BACA: Ular 'kacau' anak dara tingkat 14 rupanya bertuan

BACA: Ular seberat 26 kilo naik tingkat 14 PPR, ganggu tidur gadis

Beliau percaya cuaca panas yang berpanjangan itu juga menyebabkan reptilia tersebut keluar mencari premis atau rumah orang sebagai tempat berteduh.

Rabu lalu seorang gadis berdepan detik ngeri selepas nyaris dibelit ular sawa kira-kira 26 kilogram dalam kejadian di flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran.

BACA: Hati-hati... sekarang saat ular sawa keluar habitat

BACA: Ular 'berkampung' di bawah rumah di Amerika Syarikat

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Nur Alia Aqilla Jamaluddin, 18 tahun, sedang tidur di dalam biliknya sebelum menyedari tetamu tidak diundang itu merayap dan melingkar di lehernya.