Tutup

Dakwaan DAP cuba hidupkan semula ideologi komunis, Musa Hassan akan dipanggil - KPN

Dakwaan DAP cuba hidupkan semula ideologi komunis, Musa Hassan akan dipanggil - KPN
Terdahulu, tular sebuah klip video syarahan Musa dalam Sesi Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989 di sebuah universiti tempatan. - Gambar fail
MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa parti DAP mempunyai agenda untuk menghidupkan semula ideologi komunis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan berhubung isu berkenaan sedang berjalan susulan beberapa laporan yang telah diterima.

Beliau berkata, keperluan memanggil mana-mana individu yang disyaki terlibat adalah prosedur biasa bagi mengumpulkan bahan bukti sebelum melengkapkan kertas siasatan.

Katanya, pihak polis juga sedang melakukan analisa kandungan rakaman video yang didakwa disampaikan bekas Ketua Polis Negara itu sama ada terdapat unsur hasutan sehingga mengancam keamanan negara, atau sebaliknya.
“Jadi tanggungjawab yang dijayakan Bahagian Siasatan Jenayah Terkelas ini dia akan mengumpulkan itu dan dia akan ambil tindakan untuk memanggil siapa yang terlibat untuk ambil keterangan.

“Kita akan analisa kandungan video ceramah yang disampaikan, ada tidak unsur menghasut, polis ada terima beberapa laporan dan Bahagian Jenayah Terkelas Bukit Aman, CID sudah pun mengambil tindakan,” katanya dalam sidang media selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PIPN) Kontinjen Melaka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Ayer Keroh pada Rabu.
BACA: Tular: Perarakan bendera Komunis di Butterworth? Ini reaksi polis

BACA: Gambar ala komunis bukan di Malaysia - Polis

BACA: 'Abu Chin Peng telah ditabur di Lumut, banjaran Titiwangsa' - Laporan

Terdahulu, tular sebuah klip video syarahan Musa dalam Sesi Wacana Isu Semasa Perjanjian Damai Hat Yai 1989 di sebuah universiti tempatan.

Beliau mendakwa DAP mempunyai agenda untuk menghidupkan semula ideologi komunis selain mengaitkan penglibatan parti komponen Pakatan Harapan (PH) itu dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

Untuk rekod, pada 1 Disember lalu kira-kira 300 individu menghadiri perjumpaan dan perhimpunan sebagai memperingati perjanjian dalam di antara PKM dan kerajaan Malaysia.

Ia mencetuskan kontroversi dengan ada pihak mendakwa ia merupakan usaha menghidupkan semula ideologi komunis di Malaysia.

Malaysia menandatangani perjanjian dalam dengan PKM di Hat Yai, Thailand pada 2 Disember 1989 yang membawa kepada persetujuan parti itu meletak senjata sekali gus menamatkan penentangan mereka kepada kerajaan.



Tag: Musa Hassan, DAP, PDRM, Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia, Hamid Bador, Komunis, Hat Yai



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.