Seorang datuk dan cucunya maut apabila dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika melintas jalan di KM3.5 Jalan Bahagia-Kampung Gajah, dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian sekitar 8.30 malam itu, S. Krishnan, 64, dan cucu lelakinya, S. Ugeendrann, 11, dirempuh ketika dua beranak itu sedang melintas jalan.
Kedua-dua mereka mengalami cedera parah dan maut di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kenderaan jenis Toyota Hilux sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Gajah menghala ke Changkat Jong.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut dipercayai telah melanggar dua pejalan kaki iaitu warga emas dan cucunya yang sedang melintas dari kanan ke bahu jalan.
"Akibat rempuhan berkenaan, kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.
Menurut beliau, bedah siasat telah dijalankan di Hospital Teluk Intan bagi mengetahui punca kematian.
Mohd Marzukhi berkata pemandu Toyota Hilux tersebut telah direman pagi tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Nazialita Geynna Maharan
Thu Dec 28 2017
S.Krishnan, 64, dan cucu lelakinya, S.Ugeendrann, 11, maut di tempat kejadian akibah dirempuh sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux pada Rabu malam. - Gambar hiasan
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Polis tumpas dua sindiket, rampas dadah bernilai hampir RM800,000
Dua sindiket pengedaran dadah di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Petaling Jaya tumpas apabila lima lelaki ditahan dan lebih 32 kilogram (kg) pelbagai dadah bernilai hampir RM800,000 dirampas pada 1 dan 4 Mei lepas.
Nenek 75 tahun antara empat ditahan
Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita warga emas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.32 juta dalam serbuan berkaitan kegiatan sindiket pengedaran dan pembungkusan dadah di sebuah rumah atas air di sekitar kawasan Pontian pada 4 Mei lepas.
Gagal hantar Black Hawk, MINDEF pertimbang batal
Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan mempertimbangkan untuk membatalkan atau membuka semula tender ekoran kelewatan penghantaran pertama helikopter Black Hawk sekiranya kontraktor sedia ada masih gagal membuat penghantaran seperti dalam perjanjian.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
Datuk, cucu maut dirempuh ketika melintas jalan
S.Krishnan, 64, dan cucu lelakinya, S.Ugeendrann, 11, maut di tempat kejadian akibah dirempuh sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.