MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi bakal mendapat akses kepada pelbagai maklumat dan kajian sedia ada di peringkat kementerian serta agensi kerajaan dalam tempoh dua minggu lagi sebagai usaha memperkasakan teknologi Kecerdasan Buatan.
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya menjaga nama baik negara pada setiap masa dan patuh kepada undang-undang Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang masalah.
Yang di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal, 70 tahun, meninggal dunia di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur jam 11.46 pagi tadi.
Polis Johor merampas dadah dianggarkan bernilai lebih RM4.3 juta hasil dua serbuan yang dilakukan di sekitar Pontian, Sabtu minggu lalu.
Kelab Penyokong Anak Selangor menyifatkan tindakan Liga Bolasepak Malaysia yang enggan menunda aksi Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan Selangor FC dan Johor Darul Ta'zim sebagai ego.
Selain ACP, turut disiasat seorang Deputi Superintenden (DSP), tiga Inspektor dan masing-masing seorang Sarjan serta Lans Koperal.
7. Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
7. Azam Baki dilantik semula Ketua Pesuruhjaya SPRM
Pelantikan semula Azam dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan, hari ini.
8. Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
8. Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
1MDB dan 10 syarikat lain memfailkan saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah berjumlah lebih AS$346 juta yang didakwa diperoleh daripada dana 1MDB yang diselewengkan.
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami