Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2020 bagi meminda nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan.
Pindaan itu membolehkan nilai ambang berkenaan dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM100,000, sekali gus menjadikannya lebih responsif dan komprehensif terhadap keperluan serta isu semasa berkaitan insolvensi.
RUU itu yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shabudin Yahaya diluluskan dengan suara terbanyak ahli Dewan Negara .
Shabudin ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata Akta 360 dipinda berdasarkan keperluan tertentu termasuk mentransformasikan kerangka perundangan sedia ada kepada perundangan yang lebih relevan dengan keperluan semasa.
Beliau berkata pindaan juga bagi mengemas kini akta itu agar selaras dengan perkembangan dan kemajuan perundangan antarabangsa berkenaan insolvensi, tadbir urus korporat dan amalan terbaik dalam insolvensi.
"Kerajaan telah membuat perbandingan undang-undang insolvensi di beberapa negara seperti Singapura, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom.
"Kebanyakan negara telah meminda undang-undang insolvensi bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa untuk mengelak pertambahan mendadak kes kebankrapan dalam masa singkat dan merancakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara," katanya.
Seramai sembilan senator mengambil bahagian dalam sesi perbahasan berkenaan yang mengambil masa hampir sejam.
Semasa sesi penggulungan rang undang-undang itu, Shabudin berkata mengikut kajian ambang kebankrapan, jumlah kes bankrap yang didaftarkan pada 2016 ialah sebanyak 19,588 kes; 18,227 kes (2017); 16,482 kes (2018); 12,051 kes (2019), manakala bagi tempoh Januari hingga Julai lepas sebanyak 4,151 kes direkodkan.
"Selepas itu tidak ada kes kebankrapan dilakukan dan kalau lihat unjuran 2016 hingga 2019, berlaku pengurangan kes. Kita berharap dengan pelaksanaan kadar ambang RM100,000, mungkin jumlah kebankrapan ini dapat dikurangkan lagi," katanya.
Persidangan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020
RUU itu yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shabudin Yahaya diluluskan dengan suara terbanyak ahli Dewan Negara . -Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Cadangan tambah baik Akta 360, percepat proses pentadbiran kebankrapan
Cadangan penambahbaikan kepada peruntukan Seksyen 33C Akta 360 itu adalah bagi membantu lebih ramai individu bankrap dapat keluar daripada kebankrapan selepas tempoh tiga tahun.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2020
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi (Pindaan) 2020 bagi meminda nilai ambang hutang minimum bagi mengemukakan petisyen kebankrapan.
RUU Insolvensi (Pindaan) 2020 lulus, kemas kini akta selaras keperluan
Akta 360 dipinda berdasarkan keperluan tertentu termasuk mentransformasi kerangka perundangan sedia ada kepada perundangan yang lebih relevan dengan keperluan semasa.
Kerajaan pertimbang tambah baik Akta Kebankrapan 1967 - Azalina
Kajian terhadap akta itu telah dibuat oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) bagi meneliti beberapa perkara yang melibatkan penjamin dan peminjam.