Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberikan diskaun bayaran insurans kereta kepada pemandu berhemah mulai tahun hadapan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dalam masa yang terdekat.

BACA: 1,268 saman AWAS dikeluarkan dalam masa 48 jam - Anthony Loke

BACA: Tiada diskaun dan pengecualian saman AWAS - Anthony Loke

“Cadangan ini sebenarnya dikemukakan pihak PIAM dan mereka boleh bekerjasama dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam melaksanakan diskaun insurans ini.

“Kami ingin memberikan ganjaran kepada pemandu yang berhemah dan mematuhi undang-undang dan bukan sahaja mengenakan denda kepada mereka yang melanggar undang-undang.


“Pihak saya akan berbincang lagi dengan pihak PIAM dalam masa terdekat,” jelas Anthony sidang media selepas melawat Pusat Kawalan AWAS di Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Shaharuddin Khalid dan Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Dasar Mohd Khairul Adib Abdul Rahman.