Polis Sabah mengesahkan dua mangsa warga Singapura yang dilaporkan hilang dalam gempa bumi di Ranau pada Jumaat lalu telah ditemui berdasarkan pengecaman cebisan mayat yang dilakukan oleh pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI).
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata daripada cebisan yang ditemui di Gunung Kinabalu itu, ia ditandakan satu persatu dengan kerjasama daripada DVI Malaysia dan Singapura.
Beliau berkata daripada DVI itu polis mengesahkan ia adalah milik kepada mangsa yang hilang iaitu Navdeep Singh Jayrol s/o Raj Kumar, 13, dan Mohamad Ghazi Mohammed, 35.
"Cuma cebisan mayat itu tidak boleh diserahkan lagi sehingga kami buat DNA. Keluarga mangsa telah pun menghantar sample darah, lemak daripada kakak, adik ke Hospital Queen. Kami telah menghantar kepada Jabatan Kimia untuk mendapat pengesahan sepenuhnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.
Oleh itu, katanya operasi mencari dan menyelamat dalam Op Gempa yang bermula pada 5 Jun lalu ditamatkan hari ini berikutan penemuan itu namun pusat operasi akan dibuka semula sekiranya berlaku gegaran.
Jalaluddin berkata jumlah mangsa gempa bumi sehingga hari ini adalah 18 orang dan daripada jumlah itu - Singapura (10), Malaysia (enam), Jepun (satu) dan China (satu).
Beliau berkata, 14 daripada mayat itu sudah dikenal pasti dan diserahkan kepada anggota keluarga masing-masing manakala dua mayat warga Jepun dan China belum dibedah siasat.
"Kedua-dua mayat itu akan dibedah siasat apabila keluarga mangsa sampai, yang dijangka tiba hari ini," katanya.
Dalam kejadian pada 7.15 pagi Jumaat lepas, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu merupakan gempa terkuat yang pernah dialami Malaysia setakat ini.
Di SINGAPURA, Kementerian Pendidikan (MOE) republik itu mengumumkan kerajaan Malaysia telah mengesahkan dua warganya yang hilang, Navdeep Singh Jaryal dan Mohammad Ghazi antara mangsa yang terkorban di Gunung Kinabalu dalam gempa bumi yang menggegarkan Sabah Jumaat lepas.
MOE dalam kenyataan berkata waris kedua-dua mangsa telah dimaklumkan.
Mayat mangsa akan dihantar ke Singapura sebaik ujian lanjut forensik dijalankan. Ia dijangka mengambil sedikit masa.
"Kami akan terus memberi sokongan kepada keluarga mangsa dalam masa yang sukar ini," kata MOE.
MOE juga merakamkan penghargaan yang mendalam kepada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera dan pihak berkuasa lain yang menghulurkan sokongan dan bantuan serta individu yang turut tampil menyertai usaha mencari, menyelamat dan pemulihan pelajar dan guru warga Singapura.
Bernama
Wed Jun 10 2015
Polis Sabah mengesahkan dua mangsa warga Singapura yang dilaporkan hilang dalam gempa bumi di Ranau pada Jumaat lalu telah ditemui.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Gempa kuat landa Papua New Guinea, amaran tsunami dikeluarkan
Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami susulan kejadian gempa bumi itu.
Astro, Maxis terima penghargaan bantu komuniti terjejas tsunami Sulawesi
Kerja-kerja pemulihan dua buah sekolah, iaitu SDN Balongga dan SMPN 26 Sigi yang bermula Februari 2020 telah siap sepenuhnya pada 6 Januari 2021.
Gempa sederhana landa utara Sumatera, gegaran dirasai di Selangor, Kuala Lumpur
Gempa sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 1.19 petang tadi.
Gempa berskala 5.8 gegar barat Sumatera Indonesia
Gempa bumi berskala 5.8 menggegarkan wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Rabu.
Gempa bumi kuat sekali lagi gegar Kepulauan Kermadec malam ini
Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Kermadec pada 8.05 malam ini (waktu Malaysia).
Indonesia keluar amaran tsunami, gempa lebih kuat di Sulawesi Barat
Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya gempa lebih kuat, yang boleh mencetuskan amaran tsunami di Sulawesi Barat, susulan gempa bermagnitud 6.2 Skala Richter.
Beberapa siri gempa susulan berlaku di Croatia
Gempa susulan dengan gegaran paling kuat berukuran 4.7 magnitud dilaporkan pada pagi Rabu berhampiran bandar Petrinja yang mengalami kerosakan teruk.
Gempa di Turki, Greece ragut 26 nyawa setakat ini
Gempa yang melanda pada Jumaat petang menyebabkan bangunan di Izmir, kota ketiga terbesar di Turki runtuh malah turut mencetuskan tsunami kecil di daerah Seferihisar dan Samos di Greece.
Amaran tsunami dikeluarkan selepas gempa bumi kuat di Alaska
Untuk pantai Pasifik Amerika Syarikat (AS) dan pantai Kanada di Amerika Utara, tahap bahaya tsunami juga sedang dinilai.
Lima maut hotel di Filipina runtuh
Gempa bumi menggegarkan selatan Filipina hari ini meragut sekurang-kurangnya lima orang dan menyebabkan kemusnahan besar pada bangunan.