GEORGE TOWN: Dua lelaki yang sedang melakukan pemasangan lampu jalan di Jalan Batu Lancang, Jelutong, di sini terperangkap di atas kren pengangkut (skylift) selepas jentera itu mengalami kerosakan awal pagi Sabtu.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, pekerja berusia 18 dan 26 tahun gagal turun berikutan sistem hidraulik jentera berkenaan rosak.
Bagaimanapun, dua pekerja berkenaan diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang.
Menurut Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Israhanafi Ismail, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.19 pagi dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati dua lelaki terperangkap di atas jentera berkenaan pada ketinggian kira-kira 10 meter.
"Anggota kita telah menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) untuk membawa turun pekerja tersebut.
"Mangsa berjaya diturunkan dengan selamat pada pukul 3 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.10 pagi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Mar 06 2021
Pasukan menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) untuk membawa turun pekerja tersebut dari ketinggian 10 meter. - Gambar ihsan Bomba
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Dua pekerja tersangkut atas skylift diturunkan bomba
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, pekerja berusia 18 dan 26 tahun gagal turun berikutan sistem hidraulik jentera berkenaan rosak.