awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua wartawan Australia tidak didakwa, dihantar pulang ke negara asal

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2016
01:00 MYT
Dua wartawan Australia tidak didakwa, dihantar pulang ke negara asal
Dua wartawan itu ditahan selepas merempuh kawalan keselamatan untuk mendekati Perdana Menteri.
Dua wartawan Australia yang ditahan kerana bertindak agresif untuk mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak akan didakwa.
Menurut kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar M.M Sree Shunmugam, kertas siasatan ke atas Eroglu Levent dan Linton Joshua Besser, telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 14 Mac yang memutuskan tiada sebarang pertuduhan dibuat.
Kedua-duanya bagaimanapun akan dihantar pulang ke negara asal seperti yang tertakluk dalam Seksyen 18 (3) (h), Akta Imigresen 1959/63.
Mereka ditahan pada Sabtu lalu, selepas merempuh kawalan keselamatan untuk mendekati Perdana Menteri yang ketika itu sedang melawat sebuah masjid di Kuching.
Mereka dibebaskan atas jaminan polis selepas diambil keterangan, dan keduanya disiasat kerana menganggu pelaksanaan tugas oleh kakitangan kerajaan, di bawah seksyen 186 Kanun Jenayah.
BACA: Tindakan menahan dua wartawan Australia wajar - Polis BACA: Bukan halang tugas wartawan, ini soal keselamatan pemimpin negara - Zahid
Topic Berkaitan
#Australia
#Najib Razak
#PDRM
#Perdana Menteri
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan