Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kesucian institusi wakaf tidak harus dicemari dengan perlakuan memperkayakan diri oleh mana-mana individu yang diamanahkan menguruskannya.
Beliau berkata sebagai instrumen yang boleh membantu entiti perniagaan, institusi wakaf tidak boleh dijadikan platform bagi mana-mana pengerusi atau anggota lembaganya untuk mengumpul kekayaan diri sendiri.
"Wakaf boleh membantu entiti perniagaan... pun begitu, jangan sekali-kali mana-mana institusi ini dijadikan satu tapak kepada sesiapa sahaja yang diamanahkan untuk memperkayakan diri mereka sendiri.
"Oleh itu, pengerusi, ahli lembaga, pengurusan, kakitangan dan semua yang berkaitan mesti memastikan kesucian, keunggulan dan kecemerlangan sesebuah institusi wakaf kekal sepertimana objektif ia ditubuhkan," katanya ketika berucap melancarkan EduWAQF iaitu wakaf pendidikan hasil inisiatif AWQAF Holdings Berhad di sini, hari ini.
Dr Wan Azizah berkata semua institusi wakaf perlu terus mengamalkan struktur korporat dan sistem pengurusan yang berpaksikan kecemerlangan amalan tata kelola, ketelusan, keberkesanan dan kecekapan di samping menegakkan pematuhan syariah dalam semua aspek.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menarik perhatian bahawa kerajaan melihat penubuhan institusi wakaf sebagai suatu yang amat bertepatan dengan situasi ekonomi semasa yang tidak menentu dan semakin menekan terutamanya kepada Bumiputera dan umat Islam.
Beliau berkata penubuhan institusi wakaf korporat diharap mampu menyeimbangkan pemilikan harta kekayaan yang selama ini dimonopoli oleh golongan tertentu kepada konsep pemilikan institusi tersebut.
Timbalan Perdana Menteri juga mahu masyarakat Islam yang berkemampuan diberikan kefahaman tentang kepentingan menyumbang dalam pembinaan harta atau dana wakaf agar dapat digunakan untuk kemajuan umat.
"Jika kita kaji sejarah, kita akan dapati wakaf berupa enjin pembiayaan sosial yang amat signifikan bagi menjana aktiviti ketamadunan seperti pendidikan, kemudahan awam dan pemeliharaan alam," katanya sambil memberi contoh pembangunan Universiti Al-Azhar di Mesir melalui dana wakaf sehingga mampu memberi biasiswa penuh kepada mahasiswa jurusan agama.
Mengenai EduWAQF, Dr Wan Azizah berkata inisiatif AWQAF mewujudkan wakaf tersebut amat menepati prinsip dan nilai Islam yang menekankan semangat berlumba-lumba dalam membuat kebaikan dan kebajikan.
"Saya difahamkan AWQAF akan menyediakan dana sebanyak RM5 juta bagi tujuan itu di mana ia akan dilaburkan sebelum keuntungan tersebut digunakan bagi tujuan memperkasa pendidikan," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 29 2018
Dr Wan Azizah berkata inisiatif AWQAF mewujudkan wakaf tersebut amat menepati prinsip dan nilai Islam yang menekankan semangat berlumba-lumba dalam membuat kebaikan dan kebajikan. - Gambar fail
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Elak institusi wakaf diperguna individu kayakan diri - Dr Wan Azizah
Sebagai instrumen yang boleh membantu entiti perniagaan, institusi wakaf tidak boleh dijadikan platform bagi mana-mana pengerusi atau anggota lembaganya untuk mengumpul kekayaan diri sendiri.