awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak
Wartawan wanita perlu imbangi teknologi dan integriti - Noraini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fahami al-Quran dengan ilmu - Hussamuddin

Sinar Harian
Sinar Harian
29/05/2019
15:47 MYT
Fahami al-Quran dengan ilmu - Hussamuddin
Hussamuddin berkata, World #QuranHour yang berlangsung sejak empat tahun lalu telah berjaya mencipta momentum untuk menggalakkan orang ramai mendekati dan memahami al-Quran. - Astro AWANI
Al-Quran tidak eksklusif untuk golongan tertentu sahaja sebaliknya menjadi tanggungjawab semua ummah untuk memahami isi kandungannya.
Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, umat Islam perlu berusaha menjadi seseorang yang berilmu bagi memahami al-Quran.
"Kita nak 'mainstream' kan fahaman bahawa al-Quran ini bukan eksklusif tetapi ia untuk semua orang. ALLAH juga dah janji bahawa al-Quran ini solusi untuk sepanjang zaman.
"Jadi kita kena baca, faham dan hayati al-Quran, tetapi untuk faham kena ada ilmu. Sebab itu orang Islam kena jadi orang berilmu dan gali lagi perincian dalam al-Quran," katanya dalam temubual bersama program Agenda Awani, di sini malam tadi.
Program itu dikendalikan oleh moderator, Nazri Kahar.
BACA: #QuranHour: Selesaikan masalah dunia melalui Surah al-Kahfi
Menurut beliau, World #QuranHour yang berlangsung sejak empat tahun lalu telah berjaya mencipta momentum untuk menggalakkan orang ramai mendekati dan memahami al-Quran.
"Tapi apa yang kita nak ialah memahami al-Quran dalam konteks sekarang. Contohnya dalam surah Al-Kahf ada empat cabaran dan salah satunya ialah cabaran harta.
"Ia diceritakan melalui kisah dua kebun yang dilanda ribut. Tetapi kalau kita taddabur dan tazakkur surah itu, sebenarnya kita turut mengalami situasi sama pada zaman sekarang," katanya.
Beliau turut berharap semangat berinteraksi dengan al-Quran diteruskan di tempat masing-masing walaupun selepas program World #QuranHour berakhir.
"Dalam tempoh 10 tahun ini kita harap orang ramai mula menjadikan berinteraksi dengan al-Quran sebagai budaya. Dari situ kita dapat lahirkan satu generasi ummah yang ada kerangka fikiran dan akhlak mengikut al-Quran," katanya.
BACA: World #QuranHour ketiga berlangsung
World #QuranHour akan berlangsung esok bersamaan 25 Ramadan dengan mengangkat surah Al-Kahf sebagai tema.
Program ini diadakan serentak di lokasi utama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak dan beribu-ribu lokasi di seluruh negara dan dunia.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Al-Quran
#berilmu
#Hussamuddin Yaacub
#memahami al-Quran
#Nazri Kahar
#Ramadan
#Surah al-Kahf
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
#World QuranHour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan