Jabatan Meteorologi memaklumkan tiada fenomena tsunami akan berlaku dalam masa terdekat.

Spekulasi itu timbul apabila orang ramai terus mengaitkan fenomena ikan naik ke darat yang dikatakan berlaku di Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu, Sabah dengan tragedi itu.

Selain itu media sosial turut mengaitkan peristiwa itu dengan kejadian beberapa hari sebelum tsunami besar yang meranapkan bandar Acheh, Indonesia pada 26 Disember 2004.

Walau bagaimanapun, Jabatan Meteorologi akan terus memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5 perpuluhan 7 skala ritcher di Kepulauan Mariana berpusat di timur laut Tagum di Filipina, kira-kira 2 ribu 842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.