ROMBONGAN media mula menginap di Kapal Nautical Aliya pada Khamis, 2 Feb 2017 sebagai persediaan untuk memastikan semua barangan yang diperlukan cukup.
Sejak pagi Khamis hingga tengahari Jumaat, kerja-kerja memuatkan kargo bantuan giat dijalankan.
"Setakat yang saya tengok, mereka berehat antara 15 hingga 20 minit sahaja," kata seorang pekerja Southport yang ditemui, merujuk kepada petugas misi bantuan kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar .
Beliau yang mahu dikenali sebagai Aniq memberitahu, kerja-kerja memasukkan kargo ke dalam kapal jenis 'offshore' ini adalah yang paling banyak pernah diuruskannya.
"Sejak pagi, hingga tengah malam, masih ada banyak barangan lagi yang perlu dimuatkan ke dalam kapal.
"Jika dilihat dalam gudang A8 itu, ada kira-kira setengah gudang lagi barang yang belum habis dimasukkan," jelasnya sambil menuding jari ke arah gudang yang terletak kira-kira 600 meter dari Kapal Nautical Aliya.
Ketika itu, jam menunjukkan pukul 2 pagi Jumaat.
Pada masa sama, kumpulan media yang mengikuti misi yang diterajui Malaysia itu mula sibuk merakamkan visual sebagai arkib simpanan agensi media masing-masing.
Astro Awani juga sempat bertemu salah seorang sukarelawan dari Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) yang menguruskan hal logistik misi kali ini.
"Kami ada lebih 2,000 tan makanan, keperluan asas dan kit kebersihan.
"Susunan yang dibuat untuk kargo bantuan ini sengaja dibuat begini (sambil menunjuk ke arah kargo yang mula disusun di dek utama kapal).
"Biar kargo itu penuh, sampai kita boleh nampak dari jauh!
"Kehadiran kita nanti satu hadiah besar dan berita gembira untuk penduduk Rohingya," katanya.
Misi Food Flotilla For Myanmar yang membawa 2,200 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan dengan kapal Nautical Aliya berlepas tepat jam 4 petang Jumaat dari Terminal Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang.
Hilal Azmi
Mon Feb 06 2017
Pekerja Northport memerhatikan sukarelawan Food Flotilla For Myanmar menguruskan logistik untuk misi kali ini. - Astro AWANI / HILAL AZMI
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
PM Najib ucap tahniah, terima kasih kepada sukarelawan 'Food Flotilla For Myanmar'
Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan 'Food Flotilla For Myanmar' dari Malaysia.
Apa terjadi bila ditanya anak pelarian Rohingya tentang cita-cita?
Ketika ditanya cita-cita dan harapan, Arafat seperti keliru, malah tidak faham akan perkataan tersebut biarpun diberitahu dalam bahasa tempatan.
#FoodFlotillaForMyanmar: Misi tangguh dari pelan asal
Selepas satu jam berlalu, baru kami menyedari bahawa kami masih berada di sekitar Pelabuhan Klang.
#FoodFlotillaForMyanmar: Biar kargo penuh sampai kita boleh nampak dari jauh!
Sejak pagi Khamis hinggalah tengahari Jumaat, kerja-kerja memuatkan kargo bantuan giat dijalankan.