Polis menumpaskan 'Geng Botak Sern' yang dipercayai aktif dalam kegiatan pecah rumah dengan penahanan lapan lelaki dan tiga wanita anggota kumpulan itu, Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Mohd Taib Ahmad berkata kesemua mereka berumur antara 23 dan 28 tahun itu ditahan di empat lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini dan Kulai.
"Penahanan mereka dilakukan menerusi Ops Limau yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara mulai 15 Jan lepas bagi menangani jenayah bersempena Tahun Baru Cina termasuk samun dan pecah rumah.
"Siasatan awal mempercayai kesemua mereka yang positif dadah jenis methamphethamine itu terlibat dalam empat kes pecah rumah termasuk di kondominium di sekitar bandar raya ini," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Mohd Taib berkata polis merampas pelbagai barangan dan peralatan pecah rumah dari kediaman anggota kumpulan itu di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai termasuk sejumlah dadah jenis syabu dan eramin 5, sepucuk pistol tiruan serta sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Ayer Keroh, Melaka.
Beliau berkata siasatan mendapati ketua kumpulan terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah pecah rumah manakala lima anggota lain mempunyai pelbagai rekod jenayah.
Kesemua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan mencuri kenderaan motor, Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol tiruan serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dan mengambil dadah.
Dalam pada itu, beliau berkata selain penahanan 'Geng Botak Sern' itu, Ops Limau mulai 15 Jan sehingga setakat malam tadi, turut menahan 61 individu lain atas pelbagai kesalahan jenayah manakala 13 lagi atas aktiviti perjudian dan maksiat.
"Polis sehubungan itu, menyarankan orang ramai yang berhasrat meninggal kediaman dalam tempoh lama sempena musim perayaan ini supaya memaklumkan kepada balai polis atau aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) supaya kediaman mereka dilawati peronda polis.
"Sejak 29 Jan hingga semalam, hanya 33 pemilik rumah di kawasan IPD Johor Bahru Utara didapati berbuat sedemikian (memaklumkan balai polis atau aplikasi VSP)," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Feb 03 2019
Ketua kumpulan terbabit mempunyai sembilan rekod jenayah pecah rumah manakala lima anggota lain mempunyai pelbagai rekod jenayah. - Gambar hiasan
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
'Geng Botak Sern' dipercayai aktif kegiatan pecah rumah ditahan polis
Kesemua mereka berumur antara 23 dan 28 tahun itu ditahan di empat lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini dan Kulai.