Tutup

Gojek didakwa bakal beri banyak kesan negatif

Gojek didakwa bakal beri banyak kesan negatif
Shamsulbahrin berkata, walaupun Indonesia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, kes kemalangan motosikal kurang berlaku di negara itu. - Gambar fail
SHAH ALAM: Perkhidmatan teksi motosikal atau dikenali Gojek tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana ia dilihat bakal memberi banyak kesan negatif kepada masyarakat termasuk menyumbang kepada kadar kemalangan motosikal.

Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, kerajaan tidak mempunyai asas yang kukuh untuk memperkenalkan pengangkutan terbaharu itu kerana kadar kesesakan jalan raya di Malaysia masih lagi terkawal.

“Saya tidak melihat apa perlunya kerajaan untuk mengikuti langkah beberapa negara jiran yang telah memperkenalkan pengangkutan teksi motosikal itu sedangkan keadaan trafik negara secara keseluruhannya masih lagi baik.

“Kerajaan perlu sedar banyak perkara negatif yang bakal berlaku berlaku terutama sekali kemalangan jalan raya.
"Adakah kerajaan tidak sedar atau buat-buat tidak sedar dengan statistik kemalangan jalan raya yang menunjukkan penunggang motosikal menyumbang kemalangan maut yang tertinggi.

“Kita jangan bandingkan dengan negara-negara lain sebagai contoh, Indonesia walaupun negaranya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi tetapi kes kemalangan motosikal kurang berlaku disebabkan jalan raya mereka yang sesak sudah pasti penunggang motosikal tidak boleh menunggang dengan laju,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

BACA: GoJek: Pengasas Dego Ride sifatkan keputusan kerajaan positif

BACA: Kabinet setuju pelaksanaan gojek - Redzuan
BACA: Kaji betul-betul sebelum laksana gojek dalam Malaysia

BACA: Gojek peluang buat mat motor jana pendapatan - Syed Saddiq

Shamsulbahrin berkata, tindakan kerajaan untuk memperkenalkan sistem pengangkutan yang dilihat mundur ke belakang itu juga secara tidak langsung turut menggambarkan perkhidmatan pengangkutan awam negara masih lagi rendah.

“Buat apa kerajaan berbelanja berbilion-bilion untuk membina pengangkutan awam yang terbaik jika ingin memperkenalkan teksi motosikal yang saya rasakan tidak relevan ini," katanya.