Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersedia disiasat berhubung dakwaan tiga anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih berkhidmat dengannnya walaupun tidak lagi menjadi menteri.
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau tidak akan menegakkan benang yang basah jika benar wujud kesalahan malah mengalu-alukan sebarang siasatan dalaman yang ingin dilakukan ATM.
"Mereka ini macam keluarga saya tapi saya konsisten, kalau salah tetap salah. Saya mengalu-alukan board of inquiry," katanya ringkas kepada Bernama melalui sistem pesanan WhatsApp hari ini.
Semalam, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu mengarahkan kementeriannya melakukan siasatan segera berhubung dakwaan tersebut dan tindakan akan dikenakan sekiranya terdapat pelanggaran peraturan sedia ada.
Mohamad mengulas laporan sebuah portal berita mengenai dua anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) dan seorang komando masih menjadi pengiring Hishammuddin, yang tidak lagi memegang portfolio itu berikutan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lepas.
Menurut laporan portal berita itu, dua pegawai Paskal itu masih dalam perkhidmatan, yang masing-masing akan tamat pada 2020 dan 2021, manakala komando itu didakwa antara individu yang kelihatan dalam gambar yang dimuat naik Hishammuddin di laman Twitter beliau baru-baru ini.
Ketiga-tiga anggota itu juga didakwa masih menerima gaji daripada ATM selain daripada Hishammuddin sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 26 2018
Beliau tidak akan menegakkan benang yang basah jika benar wujud kesalahan malah mengalu-alukan sebarang siasatan dalaman. - Gambar fail
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
Hishammuddin sedia disiasat berhubung khidmat tiga anggota ATM
Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersedia disiasat berhubung dakwaan tiga anggota pasukan khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih berkhidmat dengannnya walaupun tidak la