BERIKUT ialah berita pilihan pengarang sepanjang 31 Julai hingga 6 Ogos 2017.


Isnin, 31 Julai 2017:

Kereta kabel langgar tiang, lebih 75 penumpang berdepan detik cemas

Dianggarkan lebih 75 penumpang berhadapan detik cemas situasi 'hidup atau mati' apabila tergantung di udara selepas kereta kabel yang dinaiki terlepas dari kabelnya setelah melanggar sebatang tiang sokongan.

Dalam kejadian yang merentasi Sungai River di Cologne, Jerman itu, pihak penyelamat terpaksa menggunakan kren dan tali untuk menyelamatkan orang ramai termasuk kanak-kanak yang terperangkap setinggi 40 meter di udara.

Kanak-kanak dilihat berpaut pada ibu bapa mereka setinggi 40 meter dari aras sungai. - Foto Rainer Jensen/dpa via AP
Ketika kejadian sebanyak 32 kereta kabel sedang beroperasi.



Selasa, 1 Ogos 2017:

Netizen bidas pasangan tinggal bayi dalam lokar sebab nak berjimat

Pasangan suami isteri dari China mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen selepas meninggalkan anak bongsu mereka di dalam sebuah lokar baju awam.

Sebuah rakaman video memaparkan wanita itu membawa keluar anaknya dari lokar baju tersebut.

Seorang pekerja yang membantu pasangan itu membuka pintu lokar tersebut turut dilihat terkejut selepas mendapat tahu ada seorang kanak-kanak di dalamnya.



Rabu, 2 Ogos 2017:

Harga RON95, RON97 naik 4 sen, diesel naik 6 sen


Harga runcit produk petroleum bagi minggu ini mencatatkan kenaikan berkuat kuasa tengah malam ini.

Harga petrol RON 97 naik 4 sen kepada RM2.32 seliter, RON 95 naik 4 sen kepada RM2.07 seliter, manakala diesel pula naik 6 sen kepada RM2.05.

Pengumuman tersebut dibuat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui laman Facebook rasminya.
Harga baharu ini diguna pakai sepanjang 3 hingga 9 Ogos.


Netizen terpukau dengan lelaki berambut 'dreadlocks' jadi imam

Walaupun bergaya dengan rambut 'dreadlocks', Cupink Topan atau nama asalnya Sofyan Alop memukau pengguna media sosial dengan suara merdunya ketika mengimamkan sekumpulan jemaah.

Berdasarkan sebuah rakaman video yang tular, Cupink dilihat membaca ayat suci Al-Quran dengan merdu sewaktu mengimamkan solat.



Bayi meninggal tersembam ke bantal dalam buaian

Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat kesukaran bernafas apabila mukanya tersembam ke bantal ketika tidur di rumah keluarganya di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, hari ini.

Kejadian disedari ibunya, Melati Mohammad @ Ahmad, 32, yang baru pulang dari kerja di kilang kira kira jam 7.30 pagi Rabu.

Menurut Melati, anak bongsunya itu, Faris Rayyan Qhumainy, berada di rumah bersama suaminya, Faizul Firdaus.



Khamis, 3 Ogos 2017:

Ghairah rakam gambar penginap mandi bogel, pengusaha didenda

Akibat perbuatan merakam gambar bogel lima wanita dan tiga lelaki di sebuah inap desa di Taman Canning tiga tahun lalu, seorang pengusaha inap desa didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh Lim Lai Heng, 45, mengaku bersalah selepas lapan pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Siti Salwa Ja'afar.

Mahkamah turut memerintahkan ahli perniagaan itu dipenjara 18 bulan jika gagal bayar denda. Tertuduh membayar denda itu.



Jumaat, 4 Ogos 2017:

Neymar pemain termahal sepanjang zaman

Penyerang Brazil Neymar menegaskan faktor utama beliau membuat keputusan untuk berpindah ke Paris St Germain PSG kerana mahukan cabaran baharu.



Bangunan 79 tingkat Dubai terbakar

Salah sebuah bangunan kediaman tertinggi di Dubai, Menara Torch terbakar awal pagi tadi. Pasukan keselamatan awam Dubai berjaya mengeluarkan penduduk dan tiada kemalangan yang dilaporkan setakat ini.




Sabtu, 5 Ogos 2017:

Yuna, Adam Sinclair bertunang

Penyanyi Yuna selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya, Adam Sinclair dalam satu majlis di kediaman ibu bapanya di Shah Alam.



Dakwaan jatuhkan PM Najib, polis akan panggil Dr Mahathir

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil berhubung isu dakwaan perbincangan bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya juga sudah menerima laporan daripada kedua-dua pihak selain siasatan akan dibuat di bawah Kanun Keseksaan Seksyen 500.

Baru-baru ini, Dr Mahathir mendakwa Datuk Seri Ahmad Zahid telah bertemu dengannya untuk meminta sokongan bagi menggantikan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri.

Jelasnya, laporan perbincangan bekas perdana menteri Dr Mahathir bersama timbalan perdana menteri itu juga akan diserahkan kepada pendakwaraya untuk prosedur seterusnya.



Ahad, 6 Ogos 2017:

Sekatan baharu terhadap Korea Utara diluluskan

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara sebagai tindak balas terhadap tindakan negara itu melancarkan peluru berpandu. Ia termasuk sekatan ke atas eksport Korea Utara bernilai lebih 1 billion dollar.



Gatlin menang emas, Bolt sekadar gangsa

Bintang pecut dunia Usain Bolt menamatkan perlumbaan terakhirnya dengan kekecewaan.

Pelari Amerika Syarikat, Justin Gatlin yang pernah digantung dua kali kerana didapati positif guna dadah muncul juara diikuti rakan sepasukan Christian Coleman.

Beliau sekadar menduduki tempat ketiga dalam acara pecut Kejohanan Olahraga Dunia di London.

Pelari Amerika Syarikat, Justin Gatlin yang pernah digantung dua kali kerana didapati positif guna dadah muncul juara diikuti rakan sepasukan Christian Coleman.

Namun, Bolt tetap diraikan dengan gilang-gemilang oleh penonton di Stadium London.