India akan kekal sebagai destinasi eksport utama bagi pengeluar minyak sawit terbesar di dunia - Indonesia dan Malaysia, untuk jangka masa yang akan datang berikutan masa yang diambil bagi India untuk meningkatkan dan memodenkan sektor pertaniannya, Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics yang berpangkalan di Singapura, Dr Sathia Varqa.
Beliau berkata sektor pertanian negara itu sangat bergantung kepada hujan untuk tanaman.
"Sawit memerlukan banyak hujan untuk menghasilkan hasil yang optimum dan ketiadaan hujan selama lebih daripada dua bulan akan menjejaskan hasil. Ini akan meningkatkan kos (pengeluaran)," katanya kepada Bernama.
Sathia berkata India akan menghasilkan sawit sendiri kerana kebergantungannya yang tinggi terhadap import berharga berbilion dolar US dan kenyataan daripada perdana menteri negara itu menggambarkan betapa pentingnya perkara tersebut susulan defisit dihadapi India daripada cabaran ekonomi dan pandemik COVID-19 telah memburukkan keadaan.
"Apa yang penting, Malaysia tidak boleh berpuas hati dan perlu terus memperluas kedudukan pasarannya ketika ini dengan memeterai perjanjian dua hala, mempergiatkan penyelidikan dan meningkatkan kerjasama," katanya.
Semalam, Bernama melaporkan bahawa Perdana Menteri India Narendra Modi telah meminta pekebun di bahagian timur laut negara itu untuk membangunan perladangan minyak sawit berperanan sebagai pasaran terjamin untuk komoditi yang diimport.
Modi dinasihati para saintis pertanian dan ahli ekonomi mengenai potensi perladangan minyak sawit di wilayah timur laut negara itu yang akan membantu India untuk membangunkan sendiri komoditi tersebut.
"Saya meminta semua kerajaan negeri di bahagian timur laut untuk membangunkan misi olein sawit di negeri masing-masing," kata Modi menerusi satu persidangan video.
Kumpulan perdagangan India yang mewakili pengekstrak minyak bijian, Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) menyokong langkah Modi itu kerana ia akan mengurangkan import.
Presiden SEA, Atul Chaturvedi berkata kawasan tanah sesuai untuk perladangan minyak sawit akan berkembang kerana isu itu sekarang telah mendapat perhatian anggota kerajaan.
India telah mengenal pasti sekitar dua juta hektar tanah yang sesuai untuk penanaman minyak sawit. Ia dapat menghasilkan sehingga lapan juta tan minyak sawit.
Antara negeri yang telah dikenal pasti ialah Arunachal Pradesh, Assam dan Mizoram di bahagian timur laut.
Sementara itu, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata ketika Malaysia berharap agar India terus membeli minyak sawitnya, Malaysia akan membantu kerajaan India secara teknikal dalam usaha mereka membangunkan minyak sawit menggunakan khidmat pakar teknikal berkaitan amalan pertanian yang baik, serta pembangunan minyak sawit mampan.
Bagaimanapun, Ahmad Parveez berkata bahawa keadaan iklim di India mungkin menjadikan usaha mereka untuk meningkatkan produktiviti minyak sawit menjadi satu cabaran besar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 24 2020
Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics, Dr Sathia Varqa berkata, sawit memerlukan banyak hujan untuk menghasilkan hasil yang optimum dan ketiadaan hujan selama lebih daripada dua bulan akan menjejaskan hasil. - Gambar REUTERS
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
India kekal sebagai destinasi eksport utama minyak sawit
India akan kekal sebagai destinasi eksport utama bagi pengeluar minyak sawit terbesar di dunia - Indonesia dan Malaysia.