awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu bauksit: Dr.MAZA gesa cari penyelesaian, bimbang rakyat bertindak sendiri

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/12/2015
08:31 MYT
Isu bauksit: Dr.MAZA gesa cari penyelesaian, bimbang rakyat bertindak sendiri
"Mementingkan keuntungan sendiri sehingga menyakiti pihak lain adalah satu kezaliman." - Dr.MAZA
Sesiapa sahaja berhak melakukan perniagaan dan mendapat keuntungan daripada perniagaan itu. Namun dalam masa yang sama, Islam mengkehendaki agar perniagaan itu tidak menzalimi pihak yang lain.
Itu kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, atau Dr.MAZA, yang mahu isu bauksit di Pahang segera diatasi.
Dalam kemas kini status di akaun Facebook, beliau memberi peringatan agar pihak berwajib melakukan sesuatu kerana dibimbangi rakyat akan mula hilang keyakinan, sekaligus akan memikirkan untuk mengambil tindakan sendiri.
Bauksit di Kuantan1. Setiap pihak berhak untuk berniaga dan membuat keuntungan dengan syarat tidak menzalimi pihak...
Posted by DrMAZA.com on
Situasi itu, kata Dr.MAZA, berkemungkinan akan membawa kepada masalah yang lebih besar sehingga menggugat keamanan negara secara keseluruhannya.
"Saya bimbang rakyat mula hilang keyakinan dengan sistem keadilan dalam negara sehingga mereka mula bertindak sendiri. Kejadian membakar lori-lori bauksit di Kuantan itu satu pentanda yang perlu dipandang serius. Jika hal ini berterusan, lalu merebak maka satu negara tidak terkawal lagi," tulis Dr.MAZA.
Aktiviti perlombongan bauksit di sekitar Kuantan menjadi antara isu panas di kalangan masyarakat setempat sejak pertengahan tahun lalu, selain turut menjadi perdebatan antara ahli politik.
Bukan sekadar masalah alam sekitar, malah isu bauksit baru-baru ini menjadi lebih hangat selepas seorang guru maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut.
Topic Berkaitan
#bauksit
#Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
#Dr.MAZA
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan