awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu cubaan bunuh diri dan sumbangan industri katering tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
15/10/2019
00:07 MYT
Isu cubaan bunuh diri dan sumbangan industri katering tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis. - Gambar fail
Langkah kerajaan menangani peningkatan cubaan bunuh diri dan sumbangan industri katering kepada negara dijangka mencuri tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Dalam aturan mesyuarat yang dikeluarkan laman web Parlimen, isu berkaitan bunuh diri itu adalah soalan pertama pada sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri yang dikemukakan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) untuk mendapat penjelasan daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu, sumbangan industri katering kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara turut dijangka mencuri perhatian. Soalan kedua daripada Nor Azrina Surip (PH-Merbok) itu inginkan penjelasan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal dan Hal Ehwal Pengguna.
Usai sesi itu, tumpuan beralih kepada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang antara lain soalan daripada Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) yang meminta penjelasan Kementerian Pertahanan berkaitan sejauh manakah tahap teknologi senjata buatan Malaysia.
Soalan daripada Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok) juga tidak kurang menariknya apabila meminta pendirian Kementerian Pendidikan berkaitan strategi yang dirangka setakat ini bagi mencapai sasaran 60,000 pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada 2023.
BACA: 'Abang Bomba' bijak pujuk emosi, gagalkan cubaan bunuh diri lelaki putus cinta
BACA: Marahkan ibu sebab telefon, budak 10 tahun cuba terjun dari tingkat 19
Sesi itu dijangka berakhir kira-kira 12 tengah hari dan disambung dengan sesi pembentangan oleh Kementerian Kewangan berkaitan Rang Undang-undang Kewangan 2019 untuk bacaan kali pertama.
Perbahasan berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 berkenaan Belanjawan 2020 kemudian mengambil tempat untuk hari kedua selepas membuka tirainya pada Isnin.
Sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung sehingga 5 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Dewan Rakyat
#industri katering
#KDNK
#Kementerian Kewangan
#Kementerian Pendidikan
#Mahathir Mohamad
#Parlimen
#pendidikan
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan