awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Felda: "Yang sedihnya kami, keluarga peneroka" - Chef Wan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/12/2017
11:07 MYT
Isu Felda: "Yang sedihnya kami, keluarga peneroka" - Chef Wan
"The truth is always the truth," kata Chef Wan.
“Yang sedihnya, (yang) geram dan sakit hati adalah kami keluarga peneroka-peneroka Felda yang berjuang bertahun lamanya,” jelas chef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan.
Beliau yang merupakan generasi kedua Felda turut mengingatkan orang ramai agar jangan mudah terima bulat-bulat apa-apa maklumat yang disampaikan.
Dalam catatan terbaharu di laman Instagram beliau, Chef Wan berkata, seharusnya orang ramai menggunakan akal fikiran untuk menimbang baik dan buruk sesuatu cerita yang ditimbulkan, bukan terus percaya dengan semberono sahaja.
“Tiada apa untuk diberi penekanan kerana semua sudah sedia maklum mengenai isu yang sudah dilaporkan di media sejak akhir-akhir ini. Perkara yang benar tetap benar,” kata chef berusia 59 tahun itu.
Dalam pada itu, beliau, yang juga merupakan anak peneroka Felda, melahirkan kekecewaan atas isu dan kontroversi yang melingkari agensi itu.
“Beri saya satu sebab kenapa sebagai anak Felda saya tidak rasa kecewa dengan segala apa yang sudah terjadi (kepada Felda) dan bersuara?” soalnya lagi.
Chef Wan memuat naik isu berkenaan dalam akaun Instagramnya ketika Felda dilanda krisis terbaru melibatkan urusan penjualan asetnya di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang percaya berlaku penipuan dalam proses pertukaran hak milik tanah itu dilaporkan sudah membuat laporan polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad merupakan individu penting dalam siasatan kes ini akan dipanggil pada minggu depan.
Dalam pada itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut menggesa lebih banyak pihak tampil membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes berkenaan.
Topic Berkaitan
#agensi
#Chef Wan
#Datuk Redzuawan Ismail
#Felda
#Instagram
#Isa Samad
#Khalid Samad
#peneroka
#Redzuawan Ismail
#Samad
#Samat
#shahrir samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan