awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Kampung Baru: Kabinet bincang Rabu ini

Bernama
Bernama
23/09/2019
20:52 MYT
Isu Kampung Baru: Kabinet bincang Rabu ini
Kerajaan menawarkan kadar RM850 sekaki persegi sebagai pulangan kepada pemilik dan pewaris bagi pembangunan semula Kampung Baru. - Gambar fail
Kabinet akan membincangkan mengenai kadar tawaran harga pembelian tanah pemilik dan pewaris Kampung Baru pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata beliau akan membawa perkara itu kepada Kabinet dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk mencari jalan penyelesaian terbaik buat semua pihak.
"(Bincang) Lusa masa di (mesyuarat) Kabinet, kalau dapat ruang saya akan maklumkan Dr Mahathir dan daripada situ kita akan fikir satu cara (penyelesaian).
"Kita faham memang semua nak harga yang lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan, (tetapi) apa yang kita kena buat ialah kita perlu cari satu harga yang munasabah yang memungkinkan projek ini menjadi berdaya maju," katanya selepas menghadiri program di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di sini, pada Isnin.
Sabtu lepas, Khalid dipetik sebagai berkata kerajaan menawarkan kadar RM850 sekaki persegi sebagai pulangan kepada pemilik dan pewaris bagi pembangunan semula Kampung Baru.
BACA: 'Kekayaan Melayu di Kampong Baru terbenam dalam tanah ini'
BACA: Pembangunan Kampong Baru peluang orang Melayu kukuhkan ekonomi
Menurut Khalid ia merupakan kadar tertinggi dinilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dengan mengambil kira faktor mengekalkan syarat kepentingan pemilikan orang Melayu sahaja.
Katanya kerajaan juga tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan tawaran harga yang lebih tinggi bagi pembelian tersebut.
BACA: Kampung Baru kekal milik bumiputera
BACA: Jangan sampai nama Kampung Baru hilang!
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berdaya maju
#harga
#jalan penyelesaian
#kabinet
#kadar tawaran harga
#Kampung Baru
#kerajaan
#Khalid Abdul Samad
#orang Melayu
#pembangunan semula
#pembelian tanah
#pemilik tanah
#Perdana Menteri
#pewaris
#projek
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan