Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) semalam menubuhkan kumpulan 'Lawyers For Islam' untuk membantu pihak berkaitan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung kes golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam.
Setiausahanya Moeis Basri berkata kumpulan itu menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan golongan lelaki berpakaian wanita di tempat awam, namun berpendapat kes itu perlu didengar semula oleh Mahkamah Persekutuan kerana perbuatan tersebut melanggar syariat Islam.
"Walaupun menghormati keputusan mahkamah, PGSM berpendapat perlunya keputusan itu dirayu dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan untuk isu tersebut diberi pertimbangan semula dari segi aspek undang-undang yang sah dan terpakai di Malaysia.
"Melalui kumpulan ini, kita akan bertemu dan membantu kerajaan, Majlis Agama Islam Negeri dan institusi berkaitan Islam yang terlibat untuk membentangkan aspek perundangan yang berkaitan dalam prosiding mahkamah tersebut," katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata kumpulan 'Lawyers For Islam' yang dianggotai peguam dari mahkamah sivil dan syariah itu juga akan bertindak sebagai 'Rapid Response Team' bagi memberi maklum balas terhadap isu-isu semasa berkaitan agama Islam.
Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan sebagai tidak sah ketetapan Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan bahawa golongan lelaki Islam berpakaian seperti wanita adalah perbuatan jenayah dan tidak sah di sisi Perlembagaan.
Panel tiga hakim mahkamah itu yang dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membuat ketetapan tersebut selepas membenarkan rayuan tiga lelaki yang bekerja sebagai mak andam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang menolak semakan kehakiman mereka bagi mencabar undang-undang syariah itu.
Berikutan itu, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerajaan negeri akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan secepat mungkin berhubung keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.
Bernama
Fri Nov 14 2014
PGSM menubuhkan kumpulan 'Lawyers For Islam' untuk bantu pihak berkaitan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan. -Gambar fail
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AWANI Tonight: Harnessing AI to Enhance Primary Education
Dr Sia Chin Chin from Taylor's University shares insights on effectively integrating AI education to enhance learning outcomes in primary schools.