SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura yang bakal berundur, Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan negara jiran Malaysia "umumnya baik" sepanjang tempoh perkhidmatannya, tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Lee, dalam wawancara bersama media tempatan menjelang peralihan kepimpinan pada 15 Mei ini, berkata sepanjang 20 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, kemajuan telah dicapai dalam beberapa isu bersama rakan sejawatnya di Malaysia, termasuk isu Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) dan tanah Keretapi Tanah Melayu.
"Sebagai contoh, bersama (Tun) Abdullah Badawi, beliau merupakan Perdana Menteri ketika keputusan Pedra Branca dikeluarkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
"Kami berbincang mengenainya, saya bercakap dengannya, dan kami memutuskan untuk menerima keputusan ini dan sekarang kami harus melangkah ke peringkat seterusnya," katanya dalam wawancara yang disiarkan pada Jumaat.
Transkrip wawancara itu turut dikongsi di laman sesawang Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Lee, yang menjadi Perdana Menteri ketiga Singapura pada 2004, pernah bekerjasama dengan ramai Perdana Menteri Malaysia, bermula dengan Abdullah, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Kerajaan Singapura itu berkata bersama rakan sejawatnya ketika ini, Anwar, kedua-dua pihak berbincang mengenai kerjasama penting termasuk Sistem Transit Rapid (RTS Link) yang akan menghubungkan Johor, Malaysia, dengan Singapura.
"Kami membincangkan isu lain yang boleh membawa kepada kerjasama tetapi juga sensitif. Ruang udara, sempadan maritim..., air, ini adalah perkara yang perlu dibincangkan. Kami belum menyelesaikannya. Jadi, masih ada kerja yang perlu dilakukan oleh pengganti saya," katanya.
Lee berkata hubungan dengan negara jiran seperti Malaysia akan sentiasa menjadi "rumit" kerana ia berpotensi menimbulkan pandangan yang berbeza.
"Saya fikir kedua-dua pihak tahu perkara ini, dan kedua-duanya cuba sedaya upaya untuk tidak berbalah, kerana banyak perkara boleh dilakukan bersama," katanya.
Lee akan melepaskan jawatannya pada 15 Mei bagi memberi laluan kepada penggantinya, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong, yang akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat Singapura pada tarikh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan negara jiran Malaysia "umumnya baik" sepanjang tempoh perkhidmatannya, tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya. - Gambar fail/REUTERS
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
Singapura akan bina Kolej Pengajian Islam lahirkan pemimpin Islam masa depan - PM Wong
Singapura akan membina Kolej Pengajian Islam Singapura untuk melahirkan pemimpin Islam di negara itu pada masa depan, kata Perdana Menteri Lawrence Wong.
Anwar adakan perjumpaan dengan PM Singapura, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri adakan perjumpaan dengan rakan sejawatannya dari Singapura Lawrence Wong untuk berbincang mengenai langkah-mengukuhkan hubungan dua hala.
PM Singapura mulakan lawatan rasmi ke Malaysia, kukuh hubungan dua hala
Ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia selaku Perdana Menteri Singapura.
PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, akan memulakan siri lawatan pengenalannya ke ibu kota Asia Tenggara, bermula dengan Brunei dan Malaysia, dari 11 hingga 12 Jun ini.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Agong zahir ucapan terima kasih kepada PM Lee kerana jadi rakan karib Malaysia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, yang bakal berundur, kerana menjadi rakan karib Johor dan Malaysia.
Lawrence Wong dilantik PM Singapura baharu 15 Mei
Lawrence Wong bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura pada 15 Mei depan.