awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Nurul Izzah: Da'i Wan pula bersuara

Sinar Harian
Sinar Harian
26/05/2018
21:36 MYT
Isu Nurul Izzah: Da'i Wan pula bersuara
Da'i Wan (kiri) berkata, Azrul telah melakukan kesilapan ketika menegur Nurul Izzah. - Foto Sinar Harian
KOMEN melampau seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Azrul kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar ditegur pendakwah muda, Wan Dazrin Wan Din.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Da’i Wan memuat naik paparan skrin rakaman FB Live yang dikendalikan Faizal Ismail dan Fara Fauzana pada 22 Mei lalu, di mana Nurul Izzah menjadi tetamu program ketika itu.
Menurut keterangan status itu, walaupun syaitan diikat pada bulan Ramadan, Da’i Wan menyifatkan masih terdapat manusia yang didorong untuk melakukan sesuatu yang tidak wajar di bulan yang mulia ini.
“Dunia hari ini macam-macam jenis manusia ada, dalam bulan Ramadan pula tu, benarlah syaitan yang tahap ‘gabenor’, mereka merata-rata.
“Kalau kita tak jaga iman kita, puasa kita takkan mampu jadi ‘perisai’,” kata Da’i Wan tanpa merujuk kepada Azrul secara khusus di akaun Instagram miliknya yang dipetik Mstar.
BACA: Penampilan ditegur: 'Pupuk penghormatan lebih tinggi buat wanita' - Nurul Izzah
BACA: Etika pemakaian Nurul Izzah cukup sopan - Bernama
Bagaimanapun, mengenai Azrul yang masih tidak dikenal pasti identitinya sehingga kini, Da’i Wan berkata, lelaki tersebut telah melakukan kesilapan dalam menegur seseorang.
“Azrul dikategorikan telah salah laku dalam bab teguran. Ia bukan lagi teguran, bukan juga nasihat, bukan juga cegah kemungkaran tapi ia bukaan aib yang memang disengajakan.
“Imam Shafie beritahu 'Orang yang menasihati tanpa menjaga rahsianya (aib yang tidak diketahui) ialah orang yang nak khianati seseorang,” tambah Da'i Wan yang memetik kata-kata seorang tokoh ulama.
Dunia hari ini macam-macam jenis manusia ada, dalam bulan Ramadhan pula tu, benarlah syaitan yg level ‘Gabenor’, mereka merata-rata. Kalau kita tak jaga iman kita, puasa kita takkan mampu jadi ‘Perisai’.
A post shared by Da'i Wan (Official) (@wandazrin) on
May 25, 2018 at 8:18am PDT
Azrul membuat panggilan menerusi program itu dan menegur Nurul Izzah mengenai pemakaian tudungnya.
Faizal cuba memendekkan perbualan, namun dalam pada sama lelaki tersebut terus memberitahu perihal pemakaian Nurul Izzah.
Namun Nurul Izzah tidak cepat melatah, sebaliknya kelihatan tenang dan mengangguk-angguk tanda memahami teguran Azrul.
Minggu lalu, Da’i Wan menegur personaliti media sosial, Faiz Roslan bersama dua rakannya yang bertindak memuat naik video parodi dengan tarian yang mengghairahkan dan berpakaian seksi menyerupai perempuan, pada hari pertama Ramadan.
Bagaimanapun, Faiz tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan telah memadamkan video berkenaan.
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Azrul
#Da i Wan
#Faiz Roslan
#Faizal Ismail
#fb live
#FBI
#Imam Shafie
#Instagram
#lelaki
#media sosial
#Nurul Izzah Anwar
#pemakaian
#Permatang Pauh
#puasa
#Ramadan
#teguran
#tudung
#ulama
#Wan Dazrin Wan Din
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan