awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu PTPTN: Sekatan perjalanan ke luar negara tidak wajar - TPM

Bernama
Bernama
19/05/2019
14:34 MYT
Isu PTPTN: Sekatan perjalanan ke luar negara tidak wajar - TPM
WAN AZIZAH: Kalau nak 'rolling' itu memanglah ada masalah tapi kalau nak buat sekatan-sekatan ini, tak wajar. - Gambar fail/BERNAMA
Sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak wajar, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata setakat ini kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara tersebut dan cadangan sekatan itu perlu dikaji semula.
"Kita tidak ada apa-apa keputusan. Kita pun rasa bila masa kita berbincang (mengenai sekatan itu)? PTPTN telah memberikan ruang dan peluang untuk anak-anak melanjutkan pengajian mereka namun ada juga segelintir tidak bayar balik.
"Kalau nak 'rolling' itu memanglah ada masalah tapi kalau nak buat sekatan-sekatan ini, tak wajar. Kita mesti kaji balik. Itu yang kita tentang dulu, kita protes dulu," katanya.
BACA: Sekatan ke luar negara adalah cadangan rakyat, PTPTN masih berpegang kepada janji manifesto
BACA: Isu PTPTN: Saranan senarai hitam bercanggah manifesto PH - NGO
Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama orang kelainan upaya (OKU) anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan dan Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ummah Selangor, di sini, hari ini.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan sebelum ini dilaporkan berkata cadangan supaya PTPTN menguatkuasakan semula sekatan terhadap peminjam culas merupakan antara idea yang dikemukakan pihak berkaitan hasil daripada sesi libat urus dijalankan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayar balik pinjaman
#Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
#PTPTN
#sekatan perjalanan
#sekatan perjalanan ke luar negara
#tidak wajar
#Timbalan Perdana Menteri
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan