awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
New Zealand tidak akan sertai Lembaga Keamanan tajaan Trump
Pegawai kanan TLDM paksa kontraktor sewa di dua buah hotel miliknya - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JAIPs beri penerangan premis ke premis keperluan label berus cat

Bernama
Bernama
07/02/2017
09:22 MYT
JAIPs beri penerangan premis ke premis keperluan label berus cat
JAIPs akan memberi penerangan keperluan dan kepentingan label penjualan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi. - Gambar FB - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), akan memberi penerangan dari premis ke premis bagi menerangkan keperluan dan kepentingan label penjualan berus cat yang diperbuat daripada bulu babi.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Hub Halal JAIPs, Mohd Al Hafiz Abdul Aziz berkata sesi penerangan itu akan dilakukan dalam kadar segera bagi memperbetulkan kekeliruan dalam kalangan peniaga.
"Kita akan minta mereka (peniaga) label dan asingkan peralatan yang diperbuat daripada binatang berkenaan iaitu anjing dan babi bagi mengelak orang Islam terbeli dan menggunakan peralatan itu.
"Cara ini (premis ke premis) adalah lebih praktikal dan cepat berbanding jika mahu semua peniaga berkenaan datang ke jabatan agama," katanya.
BACA: 150 berus cat bulu babi dirampas di Johor
BACA: Berus bulu babi: Kerajaan kaji kenakan permit import khas - Ahmad Maslan
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengikuti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengadakan operasi di premis perkakasan binaan di sekitar Kangar hari ini.
Sementara itu, Penolong Ketua Penguatkuasa KPDNKK Perlis Ahmad Sabri Mohd Suri berkata dalam operasi khas di tiga premis itu, sebanyak 21 berus cat bernilai RM93.50 dirampas.
"Sebanyak dua daripada tiga premis dikesan menjual berus cat yang dipercayai diperbuat daripada bulu babi dan ini baru melibatkan kes di Kangar, kita akan terus adakan operasi di premis lain pula di seluruh negeri selepas ini," katanya.
Semua barang rampasan berkenaan akan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisis.
Katanya, jika peniaga berkenaan didapati bersalah, mereka boleh didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Sabri berkata, selepas ini KPDNKK juga akan mengadakan operasi ke kedai membuat kek dan roti kerana dikhuatiri turut menggunakan peralatan daripada bulu haiwan berkenaan.
"Kita tidak mahu perkara ini dipandang remeh kerana ia membabitkan hak pengguna dan paling utama kesucian umat Islam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Perihal Dagangan 2011
#berus babi
#JAIPs
#KPDNKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan