PELABURAN diluluskan bernilai RM201.7 bilion dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama pada 2018 meningkat 0.5 peratus berbanding RM200.6 bilion pada 2017.
Jumlah itu membabitkan 4,887 projek yang akan mewujudkan lebih 129,700 peluang pekerjaan di Malaysia.
Angka itu sekali gus signal kepada semua pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) untuk terus bersatu hati dan bersama-sama menggembleng tenaga membantu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan semula Malaysia Baharu.
Kerana itu apabila Dr Mahathir menggesa generasi muda supaya mempelajari dan mendalami ilmu pengurusan kewangan dan perniagaan dengan sebaik mungkin ketika mengharungi ekonomi dalam tempoh lima tahun akan datang, ia satu usaha memastikan dunia pelaburan negara sentiasa dipercayai pelabur asing kini dan masa depan.
Berebut jawatan
Semua perlu sedar, sekarang bukan masanya untuk bercakap mengenai peralihan kuasa serta berebut jawatan semata-mata.
Bukan saja kita mencetuskan senario kurang yakin kepada para pelabur luar, tetapi isu ini juga membuatkan keseluruhan rakyat bosan dengan kerajaan PH yang tidak habis-habis berebut kuasa sesama sendiri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri harus zip mulutnya terlebih dahulu untuk meyakinkan pelabur asing agar melabur di negara kita secara lebih agresif
Sedar tidak sedar, pemimpin seperti Anwar dan kumpulannya kini sedang merosakkan reputasi negara dalam bidang pelaburan.
Baru setahun lebih sikit sahaja Dr Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri tetapi Anwar terus merancang untuk mengambil-alih kepimpinan negara.
Anwar tidak memberi sebarang sumbangan kepada usaha memperbaiki dan membangunkan negara namun hanya bercakap isu peralihan kuasa semata-mata.
Selaku Presiden PKR, Anwar juga hanya berdiam diri melihat beberapa pemimpin partinya mencemuh serta mengkritik Dr Mahathir.
Timbul persoalan, mengapa Anwar tidak pernah menegur mereka ini yang seolah-olah tidak mempunyai prinsip dan etika selaku Ahli Parlimen kerajaan.
Sepatutnya mereka dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar etika parti dan menyerang Dr Mahathir mengenai isu peralihan kuasa.
Mereka ini hanya mementingkan jawatan semata-mata tanpa memikirkan cara menyatukan tenaga ke arah memperbaiki kerosakan negara yang ditinggalkan oleh rejim kleptokras.
Apa yang sedang dilakukan oleh Anwar hari ini bukan memberi pencerahan mengenai isu peralihan kuasa tetapi perang psikologi dalam melobi untuk jawatan Perdana Menteri Kelapan.
Kaedah terbaik untuk kita selesaikan isu peralihan kuasa ialah dengan menyerah isu ini kepada keseluruhan ahli-ahli Dewan Rakyat melalui proses pengundian usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.
Biar ahli-ahli Dewan Rakyat dan Parlimen yang membuat keputusan sama ada Perdana Menteri harus mengalihkan kuasa kepada penggantinya secara separuh atau sepenuh penggal.
Kaedah pengundian melalui Dewan Rakyat amat adil dan boleh diterima keseluruhan rakyat. Ia cara terbaik untuk mematikan isu peralihan kuasa yang dipermainkan secara hangat oleh Anwar.
Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan sekiranya pelabur asing takut hendak datang melabur di negara kita kononnya atas isu peralihan kuasa yang agak kabur tetapi yang patut disalahkan ialah Anwar ibrahim yang memainkan sentimen ini secara berterusan untuk mendesak Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepadanya.
Tidak ikhlas
Anwar tidak perlu menjaja berita setiap kali bertemu dengan Dr Mahathir. Ia tindakan tidak ikhlas dalam pelbagai segi dengan Dr Mahathir sendiri.
Sekiranya Anwar ikhlas, dia sepatutnya mengambil tindakan disiplin ke atas Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Datuk Johari Abdul dan beberapa lagi pemimpin PKR yang sering mencemuh Dr Mahathir.
Selaku Ahli Parlimen PH dan pemimpin PKR yang berada di bawah bumbung PH, mereka tidak boleh menyerang Perdana Menteri sendiri.
Ia perbuatan tidak bijak yang amat tidak beretika serta bakal mencemarkan imej PH yang kelihatan berbalah sesama sendiri untuk berebut jawatan.
Amat sumbang untuk keseluruhan rakyat memerhati perbuatan sesetengah kalangan yang gila kuasa di dalam PKR.
Dr Mahathir adalah Perdana Menteri yang dilantik secara konsensus dalam Majlis Presiden PH.
Di mana perjanjian bertulis dalam PH yang menyatakan bahawa Dr Mahathir perlu menyerahkan kuasa dalam masa dua tahun setelah menjadi Perdana Menteri kepada penggantinya?
Seandainya ada perjanjian bertulis, Anwar harus menunjukkannya kepada rakyat. Bukan mencanang dan memberi tekanan untuk Dr Mahathir menyerah kuasa kepadanya.
BACA: 'Hormati pelan peralihan kuasa Dr Mahathir, Anwar'
BACA: Bawa masuk FDI bukan macam pergi pasar
Pantau agenda
Polis DiRaja Malaysia (PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu memantau kemungkinan berlakunya amalan sogok wang bagi mendapatkan sokongan Ahli Parlimen untuk menyokong individu tertentu mencapai cita-cita besar menjadi Perdana Menteri
Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana kalangan terdesak sanggup membuat apa sahaja bagi mencapai cita-cita politik mereka.
Sejarah juga membuktikan perbuatan ini pernah berlaku dalam lanskap politik tanah air kita.
Namun, saya amat yakin, hampir keseluruhan Ahli Parlimen amat beretika dan tidak akan melayani agenda ini dari berlaku kerana mereka merupakan penggubal undang-undang yang berprinsip.
Pihak PDRM serta SPRM seharusnya mempunyai kaedah terbaik ke arah memantau seterusnya membanteras agenda ini.
Rakyat amat memuji kebebasan pihak penguatkuasa undang-undang yang amat professional dalam melaksanakan tanggungjawab memerangi setiap agenda yang menyalahi peraturan.
Cermin muka
Apa maksud yang tersurat dan tersirat dari kenyataan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan dalam permintaannya untuk semua pihak berwaspada dengan pihak-pihak yang sedang membuat perancangan tersembunyi serta menyusun agenda tertentu demi untuk kelangsungan politik peribadi?
Mengapa mereka harus takut pada bayang-bayang sendiri?
Majlis Pimpinan Pusat Keadilan seharusnya menegur pemimpin-pemimpin mereka sendiri yang suka menyerang Perdana Menteri.
Rakyat memberi undi kepada PH semata-mata untuk menggalas tanggungjawab dengan amanah dan terbaik bagi membaiki setiap kerosakan besar negara yang ditinggalkan oleh UMNO serta Barisan Nasional (BN) pada suatu masa dahulu agar kesejahteraan masa depan setiap individu berada dalam keadaan yang terjamin.
PKR jangan jadi tidak adil. Mereka dilihat boleh melakukan apa sahaja kepada orang lain tetapi tidak sebaliknya.
Bagaimana pemimpin-pemimpin PKR boleh untuk tidak berpegang pada semangat ukhwah sesama PH tetapi memaksa orang lain agar berpegang kepada prinsip etika dalam perjuangan politik kononnya berteraskan demokrasi.
Inilah wajah sebenar PKR.
Sesungguhnya rakyat sedang memerhati perjalanan politik Anwar yang tidak pernah berubah dari dahulu sehingga kini.
* Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah Penyelaras Parlimen Jasin.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
Sat Oct 19 2019
Anwar tidak memberi sebarang sumbangan kepada usaha memperbaiki dan membangunkan negara namun hanya bercakap isu peralihan kuasa semata-mata. - Gambar Hiasan/Reuters
Percepat proses tapisan keselamatan ejen MM2H - Abdul Karim
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diminta mempercepat proses tapisan keselamatan ejen program Malaysia My Second Home (MM2H).
Enam ekor lembu mati dipercayai dibaham harimau belang
Seorang penternak terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 apabila enam ekor lembu peliharaannya mati dipercayai dibaham harimau belang.
AWANI Borneo [20/04/2024] - Tekad MADANI | Pusat aktiviti warga emas | Risiko habuk Gunung Ruang
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan;
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
#AWANIBorneo 20 April 2024
Rumit, tapi Anwar yakin miskin tegar di Sabah boleh disifarkan
Nancy kecewa tak ramai berminat tubuh PAWE di Sarawak
Jangan ambil ringan jika ada masalah pernafasan, ia mungkin angkara debu Gunung Ruang
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
Kerajaan diminta segera buka jalan Serudung-Simanggaris
Naib Pengerusi GRS Tan Sri iew Yun Fah menganggap pembukaan jalan sempadan antarta Serudung, Kalabakan dan Semanggris, Indonesia akan memeri limpahan rezeki kepada penduduk Sabah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
MOTS bekerjasama dengan pelbagai agensi selesaikan kes penumpang terkandas
Kementerian pengangkutan Sarawak (MOTS) akan terus bekerjasama dengan beberapa agensi dalam menyelesaikanisu penumpang terkandas akibat pembatalan penerbangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Letusan Gunung Ruang: Penduduk bergejala pernafasan diminta dapatkan rawatan segera
Pengarah JKNS Datuk Dr, Asits Sanna meminta orang ramai yang memiliki tanda dan gejala pernafasan agar segera mendapatkan rawatan kerana dibimbangi tersedut debu Gunung Berapi Ruang.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Kanak-kanak dua tahun lemas dalam tasik berhampiran masjid
Mangsa terjatuh ke dalam tasik berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga mangsa yang berada di masjid itu untuk menunaikan solat Zuhur.
Pusat Jantung Negara akan diwujudkan di Sabah dengan peruntukan segera RM80 juta - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan segera RM80 juta bagi menaik taraf Hospital Queen Elizabeth II kepada Hospital Pakar Jantung.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.