Bank makanan atau food bank adalah antara usaha bagi membantu masalah pelajar yang tidak mempunyai kuasa belanja yang mencukupi hingga terpaksa mengikat perut.

Menyedari masalah berkenaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memperkenalkan cara lain untuk menanganinya iaitu dengan membuka peluang kepada pelajar melakukan kerja sambilan di universiti itu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni/HEPA) UNIMAS, Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata itu adalah ikhtiar UNIMAS bagi membantu pelajar yang mengalami kesempitan hidup.

Menurutnya, pelajar yang bekerja di kafe berpeluang mendapat makanan dan juga upah bekerja mengikut kesesuaian waktu masing-masing.

Antara ikhtiar lain UNIMAS adalah dengan memberikan bantuan bantuan antara RM100 hingga RM500 melalui Tabung Kebajikan Pelajar, bantuan yuran pengajian dan kolej, bantuan khas musibah, serta bantuan pakej kos makanan yang berpatutan.