awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah Menteri sedia ada adalah Kerajaan Sementara - KSN

Firdaus Azil
Firdaus Azil
07/04/2018
07:29 MYT
Jemaah Menteri sedia ada adalah Kerajaan Sementara - KSN
Jemaah menteri sedia ada secara rasminya adalah Kerajaan Caretaker, selari dengan peruntukan di bawah Perkara 40, Perlembagaan Persekutuan
Jemaah Menteri sedia ada secara rasminya adalah Kerajaan ‘Caretaker’, selari dengan peruntukan di bawah Perkara 40, Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Menurut satu kenyataan hari ini, beliau berkata, peruntukan itu jelas menyebut Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara, perlu bertindak atas nasihat Jemaah Menteri, atau Menteri yang diberikan kuasa am oleh Jemaah Menteri.
“Dalam kes Abdul Ghani Ali lawan Pendakwaraya, Mahkamah Persekutuan turut mengiktiraf bahawa Jemaah Menteri hendaklah ada pada setiap masa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong walaupun selepas Parlimen dibubarkan, selaras dengan peruntukan Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh yang demikian, Jemaah Menteri yang sedia ada merupakan Kerajaan Caretaker bermula dari masa pembubaran Parlimen sehingga Jemaah Menteri baru dilantik selepas pilihan raya umum atau Parlimen bersidang semula selepas pilihan raya umum mengikut mana yang lebih awal,” katanya lagi.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan secara rasmi hari ini, sekali gus membuka ruang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan dalam tempoh 60 hari.
BACA: Parlimen bubar hari ini
BACA: PM Najib, 11 dan pembubaran parlimen
Tan Sri Dr Ali berkata, konsep Kerajaan Caretaker adalah suatu konvensyen perlembagaan (constitutional convention) yang turut diamalkan di Negara Komanwel seperti United Kingdom dan Australia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.
“Kerajaan Caretaker boleh membuat tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran kerajaan sehingga suatu kerajaan baharu dibentuk.
“Antara contoh perkara pentadbiran tersebut ialah seperti meneruskan pelaksanaan dasar sedia ada dan mengadakan majlis rasmi kerajaan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Ali Hamsa
#Caretaker Government
#Dewan Rakyat
#jemaah menteri
#ketua setiausaha negara
#Mahkamah Persekutuan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan