Jenazah Ramli Abd Majid, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14 di Puchong dekat sini pada kira-kira 2 petang hari ini.
Jenazah, yang dibawa dengan pesawat Mahan Air penerbangan W583 dari Tehran, Iran dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 10 pagi tadi, disembahyangkan di Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama.
Sementara itu, anak Allahyarham, Muhammad Fauzi, 17, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari jenazah bapanya itu.
"Kami semua reda dengan ketentuan Allah SWT, Alhamdulilah kami syukur yang jenazah ayah akhirnya dijumpai. Ibu memang tidak putus-putus berdoa dan buat solat hajat supaya dipermudahkan urusan mencari bapa," katanya ketika ditemui pemberita.
Ditanya adakah dia akan meneruskan hobi ayahnya, Muhammad Fauzi berkata dia mempunyai hobi lain namun pernah mengikut bapanya mendaki di beberapa gunung.
"Sekarang saya hanya ingin tumpu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Isnin ini," katanya.
Kementerian Luar pada Ahad mengesahkan mayat yang ditemukan pihak berkuasa Iran di kawasan Gunung Damavand pada Jumaat lepas adalah Ramli yang berusia 44 tahun ketika dilaporkan hilang pada 20 Nov 2016.
Ketua jurutera sistem di Ibu Pejabat Proton Holdings Bhd, Shah Alam, Selangor bersama seorang lagi pendaki Kelab Jelajah Alpine (KJA) Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dilaporkan hilang selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain.
Pada 28 Nov 2016, jasad Syed Redzuan ditemukan di kawasan Yakhar Glacier dan jenazahnya dibawa pulang serta dikebumikan di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2017
Anak Allahyarham, Muhammad Fauzi, menyiram air di pusara bapanya pada majlis pengkebumian di Tanah Perkuburan Batu 14 di Puchong pada pukul 2.05 petang ini. --fotoBERNAMA
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Jenazah pendaki Ramli selamat dikebumi
Jenazah, yang dibawa dengan pesawat Mahan Air penerbangan W583 dari Tehran, Iran dan mendarat di KLIA pada 10 pagi tadi, disembahyangkan di Masjid Asy Syakirin, Puchong Utama.
Jenazah Ramli dijangka tiba di tanah air pada Isnin
Menurut jurucakap Kelab Jelajah Alpine (KJA) Mohd Khafiz Bachok, pihaknya dimaklumkan bahawa jenazah akan diterbangkan dari Tehran selepas segala urusan berkaitan diselesaikan.
Jasad ditemukan di Gunung Damavand sah milik pendaki Malaysia - Wisma Putra
Pengesahan itu dibuat Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan kepada media pada Ahad.
Operasi SAR cari pendaki Malaysia yang hilang di Gunung Damavand ditunda
Pihak pasukan operasi SAR tidak memaklumkan tempoh masa penundaan tersebut tetapi akan menyambung semula usaha pencarian apabila cuaca semakin baik.
Operasi cari pendaki hilang diperluas ke Lembah Yakhar
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua rakyat Malaysia yang hilang ketika mendaki Gunung Damavand di Iran diperluas ke Lembah Yakhar.
Isteri pendaki hilang di Iran sedia terima nasib suami hidup atau mati
Isteri kepada seorang pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang di Gunung Damarvand, Iran sejak Ahad lalu menyatakan kesediaan untuk menerima sebarang takdir mengenai nasib suaminya.