Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak akan terus menjalankan rondaan dan pemantauan di kawasan yang berisiko berlakunya kebakaran terbuka bagi mengelak keadaan jerebu di negeri ini, bertambah buruk.
Pengarahnya, Azmi Osman berkata pihaknya kini memberi perhatian lebih di kawasan hotspot yang berisiko terbakar iaitu di laluan Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Banding dan di sekitar kawasan hutan Sungai Siput.
"Anggota bomba sentiasa melakukan lawatan secara berkala untuk melakukan pemantauan di kawasan 'hotspot' berkenaan dan sehingga kini tidak ada kes kebakaran direkodkan di kawasan tanah gambut yang ada di negeri ini," katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan JBPM Perak di sini hari ini.
Azmi berkata pihaknya menerima sebanyak 2,256 kes kebakaran iaitu melibatkan 171 kes kebakaran di hutan, 1,674 kes kebakaran di belukar atau lalang, 80 kes kebakaran di kebun atau ladang serta 331 kes kebakaran sampah yang dilaporkan sejak Januari sehingga semalam.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka selain tidak membuang puntung rokok sesuka hati yang boleh mengakibatkan kebakaran dalam usaha menangani masalah jerebu.
"Selain itu, bagi mereka yang gemar aktiviti 'jungle trekking' di hutan (dinasihatkan) supaya mengelakkan memasang ubat nyamuk atau membuat unggun api yang boleh menyebabkan kebakaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 13 2019
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka selain tidak membuang puntung rokok sesuka hati yang boleh mengakibatkan kebakaran dalam usaha menangani masalah jerebu. - Gambar fail
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
40 anggota bomba balai Tapah bebas COVID-19
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak mengesahkan 40 anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bebas daripada wabak COVID-19.