Jumlah perokok yang tampil secara 'walk-in' di Klinik Berhenti Merokok Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan kaunseling berhenti merokok meningkat sebanyak lima peratus sejak tahun lepas.
Pegawai Pendidikan Kesihatan HPP Alfian Md Zin berkata peningkatan itu menunjukkan perkembangan positif tahap kesedaran masyarakat mengenai bahaya merokok dan asap rokok kepada orang ramai.
"Kebanyakan perokok yang menyertai program di klinik ini berusia 35 hingga 45 tahun dengan nisbah dua daripada lapan orang adalah wanita.
"Ada juga wanita yang menyertai program ini sebagai sokongan kepada suaminya yang juga perokok tegar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kursus "Quit Smoking Cessation Update" dan Hari Penghargaan Kepada Bekas Perokok di HPP di ini hari ini. Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah HPP Datuk Dr Norsidah Ismail.
Seramai 49 bekas perokok yang diraikan turut menerima sijil penghargaan berikutan kejayaan mereka berhenti merokok sejak Februari lepas.
Alfian berkata terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti mendorong perokok mendapatkan khidmat kaunseling di klinik berkenaan antaranya ialah inspirasi dengan kejayaan rakan mereka yang sudah berhenti merokok.
"Selain terpaksa berhenti merokok disebabkan faktor kesihatan, harga rokok di pasaran yang semakin meningkat juga mendorong mereka (perokok) meninggalkan tabiat itu," katanya.
Sementara itu, bekas perokok tegar Ismarazi Ismail, 36, yang merupakan kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata beliau mula terjebak menghisap rokok sejak mula masuk sekolah menengah iaitu berusia 13 tahun dan boleh menghabiskan sekotak rokok dalam masa sehari.
Katanya beliau nekad untuk berhenti menghisap rokok selepas dimasukkan ke wad kerana disyaki mempunyai masalah jantung dan turut mendapat dorongan isterinya, Faizah Osman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018
Jumlah perokok yang tampil secara 'walk-in' di Klinik Berhenti Merokok Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan kaunseling berhenti merokok meningkat sebanyak lima peratus sejak tahun lepas. -
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Jumlah perokok tampil di Klinik Berhenti Merokok Hospital Pulau Pinang meningkat
Jumlah perokok yang tampil secara 'walk-in' di Klinik Berhenti Merokok Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan kaunseling berhenti merokok meningkat sebanyak lima peratus sejak tahun lepas.