PUTRAJAYA:Kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) COVID-19 dalam negara boleh diturunkan kepada bawah 0.5 dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi jika semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, kadar R0 telah berjaya diturunkan daripada 2.0 pada peringkat awal gelombang ketiga kepada 1.0 ketika ini, berbanding unjuran sebelum ini pada kadar 1.5.
"Semalam kita hanya dapat 649 kes dan hari ini kita ada 799 kes (baharu), tetapi kalau mengikut unjuran R0 1.5 sepatutnya hari ini kita dapat 1,300 kes.
"Bererti selepas dua minggu PKPB, kita telah berjaya melandaikan lengkung tersebut iaitu kurang daripada 1.5. Setakat ini, untuk Malaysia kita sudah capai (R0) 1.0," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.
Justeru, beliau berkata Kementerian Kesihatan akan terus mempertingkat aktiviti kesihatan awam serta saringan dalam komuniti, dan memerlukan kerjasama rakyat Malaysia khususnya di empat negeri yang dikenakan PKPB untuk patuh kepada SOP.
Mengenai situasi di Sabah, Dr Noor Hisham berkata kes COVID-19 di bahagian pantai timur negeri itu telah mula menunjukkan fasa penurunan namun kes di pantai barat pula masih mencatatkan peningkatan.
Merujuk daerah Semporna di pantai timur Sabah sebagai contoh, beliau berkata pengesanan kes pada peringkat awal adalah kira-kira 60 peratus iaitu daripada 10 individu yang disaring, enam kes adalah positif COVID-19.
Bagaimanapun, katanya aktiviti pengawasan dan saringan yang dijalankan dalam tempoh dua minggu telah berjaya menurunkan kadar pengesanan di daerah itu.
"Cabaran kita sekarang di pantai barat iaitu Kota Kinabalu, Putatan, Penampang dan sebagainya yang masih dalam fasa peningkatan, jadi kita harap dapat kawal dalam tempoh dua minggu lagi.
"Dalam tempoh dua minggu sebelum ini, kita dah dapat kurangkan R0 daripada 2.2 kepada 1.0. Kita berjaya tetapi kita belum menang dan kita kena usaha lebih lagi untuk kurangkan bawah daripada 0.5," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 30 2020
Kementerian Kesihatan akan terus mempertingkat aktiviti kesihatan awam serta saringan dalam komuniti, dan memerlukan kerjasama rakyat Malaysia khususnya di empat negeri yang dikenakan PKPB untuk patuh kepada SOP. - Gambar fail
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).
Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.
Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.
Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.
Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.
KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.
Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.