SHAH ALAM: Genap tiga tahun negara dibelenggu dengan COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus semenjak kes pertama mula direkodkan pada 25 Januari 2020.
Dalam satu perkongsian di Facebooknya pada Khamis, Hisham berkata, sepanjang tempoh itu, negara telah mencatatkan sebanyak 5,035,073 kes keseluruhan dengan 36,932 kes kematian dan seramai 4,988,143 orang telah sembuh.
“Patuhilah kepada saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu elakkan 3S (crowded, confined, close) iaitu kawasan sesak dan sempit serta bersembang atau bertutur dalam jarak yang dekat.
“Sebaliknya, amalkan 3W (wash, wear, warn), TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform, Seek - Uji, Lapor, Asing, Maklum, Dapatkan Rawatan) dan dapatkan vaksin COVID-19 dos primer dan penggalak,” katanya.
Beliau turut mendoakan agar segala urusan dalam usaha membendung penularan COVID-19 akan dipermudahkan.
“Salam takziah juga kepada individu yang telah kehilangan ahli keluarga atau pun kenalan akibat COVID-19 ini.
“Marilah kita terus berdoa agar pandemik ini segera berakhir dan tidak lagi memudaratkan masyarakat di seluruh dunia,” jelasnya.- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 26 2023

Sepanjang tempoh itu, negara telah mencatatkan sebanyak 5,035,073 kes keseluruhan dengan 36,932 kes kematian dan seramai 4,988,143 orang telah sembuh. - Gambar Twitter

Bungkusan ubat gigi 'ganja' misteri: Polis kenal pasti pengirim kepada PM, Rafizi
Polis telah mengenal pasti pengirim bungkusan mengandungi tiub ubat gigi bercorak daun ganja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
![[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib [TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016504/7377782631680238540358_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media pasca keputusan mahkamah tolak permohonan Najib

Lelaki pukul imam diarah jalani pemeriksaan mental
Ahmad Paijan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan ditanya sama ada faham atau tidak, hanya menjawab 'saya terdengar suara'.

China-AS: 'Saya tidak menentang sesiapa' - PM Anwar
Tiada pihak yang harus menentukan pendirian Malaysia untuk 'berpihak' kepada mana-mana negara termasuk dalam hubungan dua hala melibatkan ekonomi.

Kes SRC : Tiada sesiapa yang kebal undang-undang - V. Sithambaram
Keputusan Mahkamah Persekutuan menujukkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bermotifkan politik oleh pihak pendakwaan. "Tiada sesiapa yang kebal undang-undang," katanya. #AWANInews

Insentif pertama kali buat anggota sukarelawan, petunjuk baharu perhatian kerajaan
Pemberian bantuan Aidilfitri bernilai RM300 kepada lebih 200,000 sukarelawan agensi penguat kuasa dilihat sebagai petunjuk baharu bahawa kumpulan berkenaan sentiasa diberi perhatian.

Pantau Belanjawan: Inisiatif memperkasa kerjaya wanita

Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Labuan untuk lawatan tiga hari
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan tiga hari di Labuan.

Kerajaan cadang perkenal e-invois tahun depan, pastikan tiada pihak elak cukai
Penggunaan kaedah invois elektronik (e-invois) mampu memacu pendapatan negara dengan lebih positif, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.

JDT yakin terus dominasi, perhitungan 'Raja Lembah Klang' KL-Selangor
SELEPAS lebih seminggu Liga Super berehat, minggu ini saingan kembali dengan menampilkan susunan perlawanan mengagumkan.

JKM salur RM2.4 bilion kepada lebih 500,000 penerima bantuan pada 2022 - Nancy
Trend permohonan bantuan berkenaan bertambah saban tahun dengan peningkatan ketara ketika kemuncak penularan COVID-19, pada 2020 dan 2021.

Senat AS lulus rang undang-undang tamatkan darurat COVID negara
Senat meluluskan langkah itu pada Rabu dengan undian 68-23.

Malaysia berkempen jadi Ahli Lembaga Eksekutif UN - Habitat
Malaysia berkempen untuk menjadi ahli Lembaga Eksekutif UN-Habitat pada Forum Pembangunan Lestari Asia Pasifik (APFSD) ke-10 yang diadakan di Bangkok.

ASEAN, China perlu bekerjasama tangani risiko, manfaatkan lonjakan ekonomi - Tengku Zafrul
Asean dan China perlu menangani empat risiko yang ada pada masa ini untuk memanfaatkan lagi peluang dalam ekonomi masing-masing.

Dua pertiga pekerja UK hidap gejala 'Long COVID' dilayan secara tidak adil - Laporan
Laporan yang dikeluarkan Kongres Kesatuan Sekerja dan Long COVID Support mengumpul maklumat dari 3,097 penghidap COVID berpanjangan.

Kerajaan dijangka perkenal inisiatif lain selain KWSP bantu rakyat
Kerajaan dijangka perkenal inisiatif lain selain KWSP bantu rakyat

COVID-19: WHO pinda saranan vaksin bagi fasa baharu pandemik
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pinda saranan vaksin Covid-19 bagi golongan remaja dan kanak-kanak.

Malaysia mahu perkukuh hubungan dua hala dengan Hong Kong - Fadillah
Malaysia menyatakan hasrat untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Hong Kong selaras dengan komitmen negara untuk memulihkan ekonomi pasca pandemik COVID-19

Ketua pejabat, pegawai dilarang anjur majlis buka puasa sepanjang Ramadan - Presiden Jokowi
Kata Jokowi, pengendalian COVID-19 kini dalam peralihan daripada kepada endemik, menyebabkan langkah berjaga-jaga masih diperlukan.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.