Tutup

'Kami sangat terhutang budi dengan kalian semua' - Bapa Ainul Mardhiah

'Kami sangat terhutang budi dengan kalian semua' - Bapa Ainul Mardhiah
Safiuddin dan pasangan sangat bersyukur kerana segala urusan berkaitan Ainul dipermudahkan serta dikelilingi individu yang baik hati membantu dalam memudahkan segala urusan mereka. - Facebook/Ahmad Safiuddin
LONDON: Mereka semua adalah doktor-doktor yang hebat!

Itu ungkapan jujur daripada bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Saifuddin kepada doktor-doktor pakar serta para medik yang bertungkus-lumus memberi rawatan perubatan yang terbaik buat bayinya dari awal sehingga kini.

Ucapan syukur serta jutaan terima kasih yang tidak terhingga diberikan kepada mereka yang terlibat menerusi satu entrinya di laman Facebook milik Safiuddin.

"Terima kasih tidak terhingga kepada Dr Jaseem (Avisena) dan Dr Guna (SJMC) daripada Malaysia yang menguruskan urusan pemindahan rawatan perubatan Ainul dari Malaysia ke London.

"Tugas mereka sangat berat dan Alhamdulillah, kedua-dua doktor itu berjaya  menghantar Ainul di depan pintu hospital dengan selamat dan berjaya," tulis Safiuddin dalam satu entri di Facebook.
Tambah beliau lagi, tugas dan tanggungjawab Dr Jaseem dan Dr Guna bukan mudah kerana mereka perlu memastikan Ainul sentiasa stabil dan selamat dalam perjalanan ke London yang mengambil masa penerbangan selama 13 jam.

Urusan penerbangn Ainul juga dipermudahkan dengan bantuan daripada Pengarah Perubatan Malaysia Airlines (MAS), Dr Razin yang membenarkan Ainul untuk menaiki pesawat serta petugas-petugas MAS.

"Terima kasih juga kepada Dr. Razin dan pasukan MAS serta juruterbang dan kabin krew yang banyak membantu semasa penerbangan," tulisnya.

BACA: Video Ainul Mardhiah mesra 'berceloteh' dengan ibu sentuh hati ramai
 

Selain itu, setibanya Ainul di London, dia sekeluarga turut dibantu oleh doktor-doktor di sana dari segi penginapan, makanan dan sentiasa menyokong serta memberikan kata-kata semangat buat pasangan suami isteri itu.

"Selain daripada Dr Amalina, setibanya di London, kami sekeluarga dijemput oleh Dr Fahja (Anaes, UK), Dr Najmiah (Anaes, UK), Prof Dr Faridah (Lect, UK) dan Encik Jeffri wakil dari Kedutaan Malaysia termasuk wakil MAS di London," katanya.

Safiuddin dan pasangan sangat bersyukur kerana segala urusan berkaitan Ainul dipermudahkan serta dikelilingi individu yang baik hati membantu dalam memudahkan segala urusan mereka.

Ainul yang menderita kanser 'germ cell tumor' tiba di London beberapa minggu lalu untuk rawatan sebelum menjalani pembedahan.

Pembedahan yang mengambil masa selama lima jam pada Isnin itu berjaya membuang keseluruhan 200 gram tumor di bahagian mulut Ainul.

Kini Ainul berada dalam keadaan stabil di dalam unit penjagaan rapi tetapi masih dipantau oleh pakar sebelum dipindahkan ke wad biasa.

BACA: Pakar di UK sedia rawat bayi hidap kanser 'Germ Cell Tumor'

BACA: Melaka bantu kos penerbangan keluarga Ainul Mardhiah ke UK

Tag: Ainul Mardhiah, Ahmad Saifuddin, Facebook, Bayi, Germ Cell Tumor, London, pembedahan, Dr Amalina Che Bakri


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.