Hasil audit dalaman berkaitan pelaksana-pelaksana Program Permata Negara ( PERMATA) akan diputuskan dan diumumkan selepas sambutan Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Pelaksana program PERMATA seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) misalnya, turut adakan audit dalaman bagaimana agihan dan cara dana akan disalurkan. Kita masih akan laksanakan kajian semula bagaimana PERMATA boleh memberi manfaat kepada pendidikan awal kanak-kanak.
"Lepas rayalah (keputusan audit dalaman pelaksana kepada kerajaan)," katanya, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada media, selepas membuat kunjungan rasmi pertamanya ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini pada Khamis.
Sebelum ini Dr Wan Azizah dilaporkan berkata Program PERMATA akan diteruskan tetapi ia perlu dikaji dan diaudit terlebih dahulu.
Beliau berkata program itu merupakan program yang baik dalam membantu meningkatkan pembangunan dan juga kebajikan kanak-kanak.
Program PERMATA, yang mula dilaksanakan pada 2007, adalah cetusan idea isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor merangkumi Permata Negara, Permata Pintar, Permata Seni, Permata Insan, Perkasa Remaja (diulang: Perkasa Remaja) dan Permata Kurnia.
Ia memberi tumpuan terhadap usaha mendidik kanak-kanak pada peringkat awal bagi mengembangkan potensi dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 07 2018
WAN AZIZAH: Kita masih akan laksanakan kajian semula bagaimana PERMATA boleh memberi manfaat kepada pendidikan awal kanak-kanak.
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Hari Penduduk Sedunia 2023: Platform tingkatkan kesedaran kesaksamaan gender
Ini selaras dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam memartabatkan kumpulan sasar.
Dewan Rakyat: 24,290 rumah didaftar Rumah Bebas Tanpa Amalan Rokok - Rina
Rina berkata, sehingga kini sebanyak 24,290 rumah telah didaftarkan menerusi program itu.
Masalah kesuburan lelaki meningkat - LPPKN
Berdasarkan data LPPKN bagi tempoh 2010 hingga 2019, kira-kira 60 peratus ujian analisis sperma mencatatkan keputusan abnormal.
73 peratus ibu bapa di Lembah Klang benarkan anak ada gajet
Sebanyak 78.3 peratus ibu bapa di Lembah Klang membenarkan anak-anak mereka memiliki gajet, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.
Kesihatan mental: Tangani sebelum parah
Beliau berkata, 4.2 juta orang menghidap penyakit itu di seluruh negara dan ia kini penyakit kedua tertinggi selepas penyakit jantung menjelang 2020.
Keputusan audit dalaman pelaksana Program Permata diketahui selepas raya
Hasil audit dalaman berkaitan pelaksana Program Permata Negara akan diumumkan selepas sambutan Aidilfitri.
Mamogram: Jangan takut periksa payudara anda!
Kempen kesedaran mengenai pemeriksaan kanser payudara perlu terus diperluas bagi meningkatkan pemahaman orang ramai mengenai perkara berkenaan.