NATIONAL
Keracunan di Batu Gajah: Pesakit menunjukkan reaksi positif, semakin pulih - Dr Mah

Exco Kesihatan, Datuk Dr Mah Hang Soon (kanan) memeriksa kesihatan K. Mariamah, 30, (terbaring) yang mengalami muntah dan sakit perut akibat keracunan makanan di Hospital Batu Gajah (HBG) hari ini. - FotoBERNAMA
Kesemua pesakit yang mengalami keracunan makanan yang berlaku di daerah kecil Batu Gajah, Perak pada Jumaat kini semakin pulih selepas menjalani rawatan di tiga hospital di negeri itu.
Exco Kesihatan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata tiga daripada empat yang dilaporkan kritikal masih mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, manakala seorang lagi mndapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Ipoh.
"Dua pesakit masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB dan memerlukan alat bantuan pernafasan. Seorang lagi pesakit telah dipindahkan ke wad biasa namun masih dipantau secara teliti.
"Seorang di Hospital KPJ Ipoh juga masih berada di wad ICU dan memerlukan alat bantuan pernafasan. Namun kesemua pesakit menunjukkan reaksi positif terhadap rawatan yang diberi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Bagaimanapun, Hang Soon masih belum dapat mengesahkan jumlah pesakit yang masih dirawat di ketiga-tiga hospital termasuk Hospital Batu Gajah.
Mengulas berkenaan laporan kajian makmal, Hang Soon berkata laporan tersebut akan siap dalam tempoh tiga hari lagi.
VIDEO: Apa itu Organofosfat?
Susulan kejadian tersebut pihaknya akan meneruskan pengawasan aktif dalam tempoh dua minggu untuk kes-kes yang memenuhi kes definisi di klinik dan hospital di kawasan berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami