Cadangan untuk menggantikan jet pejuang jenis Rusia SU dan MiG yang digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan jet pejuang versi baharu adalah bergantung kepada keadaan kewangan negara.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata cadangan itu masih dalam peringkat kajian malah kerajaan akan melihat terlebih dahulu kesesuaiannya untuk menggantikan jet pejuang berkenaan.
"Aset pertahanan milik negara memang sudah usang dan perlu diganti. Namun, kita akan lihat kesesuaiannya (untuk menggantikan jet pejuang sedia ada dengan versi baharu).
"Ia (langkah pembelian jet pejuang baharu) bergantung kepada kedudukan kewangan negara dan rundingan (antara Malaysia dan Rusia mengenai pembelian itu)," katanya dalam sidang media selepas melepaskan kira-kira 12,000 peserta acara larian 'Run For Peace 2019' anjuran Persatuan Soka Gakkai Malaysia di sini, hari ini.
Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata Malaysia amat berhati-hati untuk berbelanja terlalu banyak wang menggantikan kedua-dua jenis jet pejuang buatan Rusia dengan versi baharu itu.
Dr Mahathir turut menyifatkan penggunaan wang yang terlalu banyak untuk membeli jet pejuang mahal amat tidak produktif kepada negara kerana Malaysia tidak mahu berperang dengan mana-mana pihak.
BACA: Malaysia timbang tawaran jet pejuang baharu Rusia - Tun Mahathir
Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai perkembangan siasatan insiden kematian melibatkan seorang komando semasa melakukan tugasan rasmi di Kem Lok Kawi, Sabah pada Rabu lepas, Mohamad berkata siasatan masih dijalankan namun yakin siasatan tidak mengambil masa terlalu panjang.
"Perkara ini (siasatan mengenai insiden kematian seorang komado) masih dalam siasatan. Ia adalah suatu kemalangan. Sekejap saja siasatan itu, tidak lama," ulasnya ringkas.
Dalam insiden itu, Mej Mohd Zahir Armaya, 36, pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas maut tertembak ketika membuat aksi gimik sempena penubuhan 5 Divisyen di Lok Kawi, Sabah.
BACA: TDM tubuh lembaga siasatan kenal pasti punca kematian Mohd Zahir
Sementara itu, mengulas mengenai acara larian pada hari ini, Mohamad memuji usaha persatuan itu dalam meningkatkan kesedaran masyarakat supaya menghargai keamanan dan sentiasa menjaga alam sekitar.
Katanya, tahap kesedaran rakyat terhadap kedua-dua nilai murni itu dilihat masih rendah, justeru lebih banyak program menyantuni masyarakat seumpamanya harus dilaksanakan supaya sikap berkenaan dapat diterapkan demi generasi akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019
Mohamad Sabu (tiga, kanan) bersama Timbalan Presiden Soka Gakkai Malaysia, Johnny Ng Teck Sim (dua, kanan) bersama peserta pada Program Run For Peace 2019 yang dianjurkan oleh Soka Gakkai Malaysia di Padang Besar Klang Jaya, hari ini. --fotoBERNAMA
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Rusia-China hantar jet pejuang, Korea Selatan 'tinjau'
Walaupun pencerobohan ke dalam zon KADIZ, tentera berkata pesawat itu tidak melanggar ruang udara wilayah Korea Selatan.
India lulus pemerolehan senjata bernilai AS$26 bilion
Kementerian Pertahanan India meluluskan pemerolehan senjata, termasuk jet pejuang dan helikopter, bernilai 2.23 trilion rupee.
Dua pesawat pejuang Tentera Indonesia terhempas
Dua pesawat serangan ringan, masing-masing membawa seorang juruterbang dan pembantu juruterbang terhempas di bandar Pasuruan, Jawa Timur sebelum tengah hari Khamis.
Jet Israel bedil ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin
Jumlah korban di Semenanjung Gaza akibat serangan udara Israel sejak Sabtu lalu kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 1,055 orang.
Serpihan jet pejuang hilang ditemui berhampiran pangkalan udara Carolina Salatan, AS
Pangkalan Bersama Charleston dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serpihan jet pejuang F-35 yang hilang di Carolina Selatan pada hujung minggu lalu ditemui di utara pangkalan tentera udara.
Jet China terbang agresif depan pesawat AS di Laut China Selatan
Sebuah jet pejuang J-16 China melakukan "gerakan agresif yang tidak perlu" semasa memintas pesawat peninjau RC-135 Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan minggu lepas.
Perancis sedia latih juruterbang jet pejuang Ukraine - Macron
Zelensky mengadakan lawatan mengejut ke Perancis pada Ahad, selepas melawat Jerman dan Itali.
Jet NATO pintas pesawat Rusia dekat ruang udara Estonia
Operasi itu sebagai jaminan bahawa UK dan Jerman bersama sekutu NATO yang lain membantu sekutu Estonia mereka dalam tempoh yang tegang ini.
Washington dakwa dron 'Reaper' terhempas dipintas jet pejuang Rusia
Ia insiden pertama seumpamanya sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine lebih setahun lalu.
Seoul bertindak balas 'provokasi' Pyongyang
Korea Selatan melancarkan jet pejuang dan helikopter penyerang serta melepaskan tembakan amaran selepas dron milik Pyongyang didakwa mencabuli ruang udang negara itu pada Isnin.