awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
20 tentera upahan maut, 11 ditahan ketika serang lapangan terbang Niamey, Niger
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan belum ada keputusan ambil alih empat lebuh raya - Tun Mahathir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
09/07/2019
05:58 MYT
Kerajaan belum ada keputusan ambil alih empat lebuh raya - Tun Mahathir
Kerajaan masih belum mempunyai sebarang keputusan terhadap tawaran mengambil alih konsesi tol daripada Gamuda Berhad, kata Dr Mahathir. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Kerajaan masih belum mempunyai sebarang keputusan terhadap tawaran mengambil alih konsesi tol daripada Gamuda Berhad (GAMUDA), kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia susulan kenyataan Dr Mahathir selepas mengumumkan cadangan untuk mengambil alih empat konsesi lebuh raya bertol berkenaan pada 23 Februari lalu.
"Belum ada apa-apa keputusan," katanya semasa sidang media selepas ucaptama Persidangan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) 2019 di sini, pada Selasa.
BACA: Ambil alih 4 lebuh raya, pembayar cukai jimat RM5.3 bilion - Guan Eng
BACA: Kenapa ambil alih konsesi tol hampir tamat tempoh, soal senator
Empat konsesi lebuh raya bertol di mana syarikat GAMUDA mempunyai kepentingan dalam syarikat berkenaan adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART (SMART).
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini berkata, pengambilalihan keempat-empat lebuh raya itu akan secara langsung menjimatkan pembayar cukai sekurang-kurangnya RM5.3 bilion dalam bentuk bayaran pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi untuk membekukan kadar tol di lebuh raya berkenaan sehingga akhir hayat konsesi.
Jelas Guan Eng lagi, model pengambilalihan tersebut tidak melibatkan sebarang perbelanjaan Kerajaan kerana kos pengambilalihan sebanyak RM6.2 bilion yang dibiayai menerusi penerbitan bon serta kos operasi dan penyelenggaraan akan ditanggung sepenuhnya oleh kutipan caj kesesakan.
Topic Berkaitan
#cukai
#kerajaan
#Lim Guan Eng
#model
#pendidikan
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan