Kerajaan menghormati keputusan mahkamah yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak terhadap semua tujuh pertuduhan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri pada masa sama menggesa semua pihak agar terus meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan serta kehakiman negara sebagai institusi yang bebas dan berkecuali.
"Saya memahami perasaan dan sentimen rakan-rakan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.
"Namun begitu, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang," katanya di dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
BACA: Najib bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International
BACA: Najib bersalah: Satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia - PH
Muhyiddin berkata kerajaan juga menghormati hak Najib untuk merayu atas hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
"Sama-samalah kita beri ruang kepada proses undang-undang untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan," katanya.
Najib, 67, pada Selasa didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
BACA: 'Wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak tahu wang RM42 juta itu' - Sumpah laknat Najib
BACA: Kes SRC: Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu setelah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap kesemua pertuduhan terhadap bekas perdana menteri itu.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga pertuduhan kes CBT dan setiap kes pengubahan wang haram manakala 12 tahun penjara serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun dalam kes menyalahgunakan kedudukan.
Bagaimanapun Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun setelah Mohd Nazlan memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 28 2020
MUHYIDDIN: Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional akan sentiasa menegakkan prinsip kedaulatan undang-undang. - Gambar fail
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Bekas MP Kapar mengaku bersalah hantar mesej kurang sopan, bayar denda
Manikavasagam yang juga bekas Ketua PKR Cabang Kuala Selangor dituduh berkelakuan kurang sopan terhadap seorang individu dengan menghantar mesej kurang sopan.
Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".
R Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan berkaitan pornografi kanak-kanak
Kelly didapati bersalah atas enam tuduhan termasuk berkaitan penderaan seksual dan pembikinan filem lucah membabitkan kanak-kanak.
1MDB: Bekas pegawai Goldman, Roger Ng didapati bersalah di mahkamah AS
Ng, 49, disabitkan dengan ketiga-tiga pertuduhan dalam kes itu, termasuk bersubahat untuk melanggar undang-undang antirasuah AS dan bersubahat untuk pengubahan wang haram.
Bekas pegawai polis didapati bersalah atas pembunuhan Daunte Wright
Juri seramai 12 anggota mendapati Potter bertanggungjawab atas kematian Wright semasa operasi trafik di Brooklyn Center.
Lelaki mengamuk dalam mahkamah, ditembak mati ketika cuba serang hakim
Vaughan turut terlibat dalam pergelutan bersama dua anggota polis dalam makhamah berkenaan.
SRC: Mahkamah dengar rayuan Najib esok
Mahkamah sebelum ini menetapkan 5 hingga 8, 12 hingga 15 dan 19 hingga 22 April untuk mendengar rayuan itu.
Penjara enam tahun, denda RM15.45 juta, ini kronologi kes rasuah Isa Samad
Mohd Isa dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 jutaa tas sembilan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM3.09 juta.
RM2 juta "masuk poket" Ku Nan sendiri - Mahkamah
Hakim Mohamed Zaini berkata dakwaan Tengku Adnan mendahulukan lebih RM2 juta untuk PRK adalah suatu yang difikirkan kemudian.
PBNP gantung Sumareh dua tahun
Hukuman bagi keempat-empat kesalahan itu yang dilakukan sewaktu pemain itu bersama skuad Tok Gajah, berjalan serentak.