Polis sedang menunggu arahan lanjut daripada Peguam Negara berhubung kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Muhammad Adib Mohd Kassim.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner, Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan kes berkenaan tidak pernah ditutup.
"Siasatan kes tersebut tidak pernah ditutup dan masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kita akan cuba mengesan mereka yang terlibat seperti mana arahan dibuat oleh Mahkamah Koroner supaya kita mengesan dan dibawa ke muka pengadilan.
"Kesemua saksi inkues sebelum ini sudah dipanggil memberi keterangan kepada polis, kita akan memanggil mereka semula jika perlu," kata Mior Faridalathrash Wahid.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Jumaat lalu, Koroner Rofiah Mohamad, memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu tidak dikenali.
Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember tahun lalu selepas 21 hari bertarung nyawa susulan kejadian rusuhan di hadapan Kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, Subang Jaya.
Sepanjang prosiding inkues bermula Februari lalu, seramai 30 saksi termasuk beberapa saksi pakar dan bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid dipanggil memberi keterangan dengan 137 bahan bukti dikemukakan.
Astro Awani
Mon Sep 30 2019
Polis sedang menunggu arahan lanjut daripada Peguam Negara berhubung kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim (gambar). -Gambar fail
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini
Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Cuepacs mahu keistimewaan penjawat awam terima rawatan di IJN, dikekalkan
Cuepacs menggesa kerajaan untuk mengekalkan keistimewaan sedia ada yang diterima penjawat awam khususnya berkaitan penerimaan rawatan di Institut Jantung Negara.
Keadaan Abdul Hadi stabil, akan keluar IJN dalam masa terdekat - Anak
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, berada dalam keadaan stabil.
PDRM laksana penerbangan ihsan bawa pesara polis ke IJN
Othman terkena serangan jantung selepas menunaikan solat maghrib pada Jumaat lepas sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta.
Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN
Bagaimanapun, Johari tidak memperincikan secara lanjut keadaan Ismail.
'Terima kasih yang doakan Rania' - Kak KM syukur pembedahan jantung anak berjaya
Kak KM berkata Rania kini dalam keadaan stabil dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya.
Waspada tekanan darah tinggi, elak risiko kerosakan jantung - Pakar
Masih ada yang tidak sedar mereka mempunyai masalah tekanan darah tinggi yang kronik hingga menyebabkan risiko komplikasi kesihatan.
Golongan wanita menghampiri fasa menopaus wajar buat saringan, elak risiko serangan jantung
Wajar untuk wanita mengetahui jika mereka mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan peningkatan kolestrol.