awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terima kasih yang doakan Rania' - Kak KM syukur pembedahan jantung anak berjaya

Gempak
Gempak
31/10/2023
06:22 MYT
'Terima kasih yang doakan Rania' - Kak KM syukur pembedahan jantung anak berjaya
Kak KM (kanan) melahirkan rasa syukur apabila anak perempuannya Rania (kiri) selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Ahad lalu. -Gempak
USAHAWAN sensasi yang dikenali sebagai Kak KM melahirkan rasa syukur apabila anak perempuannya iaitu Rania selamat menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Ahad lalu.
Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menerusi laman sosial berkata Rania kini dalam keadaan stabil dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya.
“Semua orang, satu Malaysia nak tahu keadaan Baby Rania macam mana. So far alhamdulillah, doktor kata dia dah stabil. Alhamdulillah sangat. Terima kasih yang doakan Rania,” kongsi Kak KM.
Pada perkongsian lain, Kak KM turut mendedahkan dia sudah tiga malam tidak dapat tidur lena disebabkan memikirkan keadaan anak perempuannya itu.
“Dah tiga malam tak tidur, dia punya semak perut, serabut, sebu, libang libu tau tak rasa itu… kau nak tidur tak lena, kepala ini rasa bengap, blur saja. Tak tahu nak cakap,” katanya.
Sebelum ini, Kak KM pernah berkongsi mengenai anak ketiganya, Rania mengalami masalah jantung berlubang dan pernah disahkan mengalami masalah pada injap jantungnya sejak bayi. -Gempak
Topic Berkaitan
#Kak KM
#IJN
#jantung berlubang
#Rania
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan