awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes SRC Najib: Clare sifatkan perbicaraan sebagai "menarik"

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/04/2019
10:35 MYT
Kes SRC Najib: Clare sifatkan perbicaraan sebagai "menarik"
Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown menjadi tumpuan media di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown yang hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini pada Rabu, menyifatkan, perbicaraan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai “menarik”.
Beliau berkata demikian sebelum meninggalkan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini kira-kira pukul 4.15 petang.
“Gembira apabila melihat perbicaraan itu akhirnya diteruskan dan saya tahu ada ramai orang yang sangat gelisah akan terjejas dengan perkembangan ini, yang tertanya jika perbicaraan ini akan diteruskan.
"Sekarang kita melihat ia diteruskan. Kita sedia melihat keadilan dilakukan dengan perbicaraan yang wajar," katanya kepada pemberita.
Tambah Clare, beliau akan terus mengikuti perbicaraan ini dari jauh dan akan hadir ke mahkamah untuk pendengaran.
Terdahulu, Clare tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta sekitar 2.10 petang bagi mengikuti kes perbicaraan Najib.
Beberapa media melaporkan, wanita Britain itu memaklumkan kehadiran beliau sebagai media dan mahu merasai bagaimana perbicaraan ini dijalankan serta melakukan tanggungjawabnya sebagai wartawan yang membuat laporan tentang kes ini.
“Saya datang kerana mahukan pengalaman berada dalam mahkamah serta mengikuti perbicaraan serta lakukan tanggungjawab saya sebagai media. Itu sahaja,” demikian menurut Clare dipetik sebagai berkata.
Dalam perkembangan lain, sebaik sahaja Clare meninggalkan kawasan mahkamah, satu kumpulan penyokong Najib kedengaran melaungkan takbir “Allahuakbar” dan “Tolak Media Asing”.
Bagaimanapun, kumpulan tersebut kemudiannya diminta oleh pihak berkuasa untuk berhenti daripada membuat bising.
Sebelum itu, Najib hadir sekitar jam 1.52 petang bersama penyokong beliau di mahkamah.
Najib, 65, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap tujuh pertuduhan merangkumi kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram. BACA: Kes SRC Najib: Pekarangan mahkamah 'bergema' dengan jeritan 'Bossku', 'I Love You' BACA: Kes SRC: Selepas tiga jam, Najib tinggalkan Mahkamah Tinggi
Topic Berkaitan
#bekas perdana menteri
#Clare Rewcastle Brown
#editor
#Mahkamah Tinggi
#Najib Razak
#RM42 juta
#Sarawak Report
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan