Polis Johor menahan empat lagi suspek di sekitar negeri ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru hari ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan berkaitan kes tersebut berjumlah 13 individu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, daripada jumlah itu, sembila daripada yang ditahan merupakan lelaki manakala selebihnya wanita yang berusia lingkungan 16 hingga 26 tahun.

"Kita masih lagi meneruskan siasatan bagi mengesan beberapa lagi suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Hari ini, enam individu termasuk seorang wanita direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Majistret Noor Aisyah Ahmad membenarkan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BACA: Enam termasuk wanita ditahan reman bantu siasat kes tikam, langgar Johor Bahru

BACA: Kes tikam dan gilis: Polis Johor tahan 2 suspek

BACA: 'Pembunuh BMW': Nombor plat kereta palsu, 4 suspek diburu

BACA: Lelaki maut ditikam, dilanggar di stesen minyak di Johor Bahru